Halaman

Wednesday, November 9, 2011

Macam kita orang Islam tak boleh makan babi- Tan Sri Muhyiddin

“Macam kita orang Islam tak boleh makan babi, tetapi penganut agama lain boleh makan dan kita tidak persoal perkara itu, jadi kenapa pula hendak dipertikai amalan umat Islam itu ? Pada saya ia sengaja dibuat agar timbul masalah baru,”Tan Sri Muhyiddin mengingatkan golongan tertentu supaya tidak cuba menimbulkan masalah di negara ini dengan mencampuri urusan umat Islam termasuk mempertikaikan ibadah korban Aidiladha.
“Saya tidak fikir pandangan itu harus dikemukakan. Ibadah korban adalah tuntutan agama untuk kita umat Islam laksanakan bagi menghormati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Kenapa perkara sebegini harus dibangkit?
Tan Sri Muhyiddin juga turut mengulas mengulas dakwaan Tengku Razaleigh bahawa beliau terpaksa menubuhkan NGO, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO. Menurut Tan Sri Muhyiddin, tiada sebarang pekeliling yang menghalang pemimpin UMNO sama ada di peringkat individu, bahagian atau negeri untuk mengeluarkan kenyataan, pandangan mahu pun kritikan mengenai apa sahaja termasuk menegur dasar kerajaan. Malah beliau sendiri mengalu-alukan sebarang pandangan berbeza daripada Tengku Razaleigh jika ia bertujuan memperkukuhkan parti dan tegas Muhyiddin, idea sebegitu tidak perlu menunggu tarikh perhimpunan agung baru hendak disuarakan.
“Kita tidak pernah menyekat sesiapa daripada menyuarakan pandangan. Tiap-tiap hari saya membaca akhbar dan melihat pemimpin UMNO cakap macam-macam. Kadang-kala mereka cakap lebih daripada apa yang sepatutnya, jadi sistem demokrasi dalam UMNO hidup.
“Bahkan, kita juga tidak menyekat pemimpin UMNO daripada menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform bagi mereka menyuarakan pandangan kerana itu hak setiap ahli UMNO,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Kohort Pertama Yayasan Teach For Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Tengku Razaleigh bahawa beliau terpaksa menubuhkan NGO, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO.
Bagaimanapun di sebalik dakwaan tersebut, Tengku Razaleigh yang sebelum ini disebut-sebut sedang ‘dirisik’ pihak pembangkang menegaskan, beliau akan tetap bersama UMNO kerana mempunyai keyakinan tinggi terhadap parti terbesar orang Melayu itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sistem demokrasi yang diamalkan dalam UMNO sudah menjadi tradisi sejak sekian lama dan tidak pernah berubah walaupun parti itu sudah enam kali bertukar pucuk pimpinan selepas negara merdeka 54 tahun lalu.
“Ini yang kita amal sejak sekian lama, sistem demokrasi dalam UMNO bukan perkara baru. Masa Tengku Razaleigh berada dalam Majlis Tertinggi dahulu pun sistem demokrasi kita tetap sama dan tiada sebarang perbezaan dengan sistem pada hari ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

  1. Sdra SDRA Alif Ba Ta melalui Ular Menyusur Akar Mohon Izin saya masuk:

    MCCBHST Mengajar Orang Islam di mana hendak menyembelih QURBAN!

    Kumpulan bukan Islam sudah melampaui kesemua batas dengan mengeluarkan kenyatan terbaru kerana mencari pasal dan sengeja mencari isu ?
    Saya bantah sekeraskerasnya dan saya amat kurang puas hati terhadap mereka yang menghasut semua orang.Mereka ni saya kutuk sampai bila bila....
    Najib pulang dari tunai Haji sangat cepat nak sambut Deepavali perengkat nasional.....Takbir Raya Aidil Adha campak ke mana ?
    Jangan Najib jangan campur aduk Addeen yang di terima Allah dengan amal penganut kafir, dan jangan anda setuju kaji kenyataanan mereka untuk menyemblih quraban ikut acuan MCCCHST.
    Saya sekali lagi melihat ini sebagai mencabar amalan ibadah Islam .
    Saya desak mereka menarik balik kenyataan mereka dan saya desak mereka berhenti kegiatan saperti ini.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!