Halaman

Monday, December 26, 2011

Ahmad Syukri perlukan 542 Orang lagi untuk melengkapkannya?

Nampaknya Ahmad Syukri perlukan 542 orang lagi untuk melengkapkan mini revolusi yang beliau idamkan. Ini berikutan 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.Klik sini

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.


"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.

Selain itu  Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.Klik sini sementara Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.Klik sini.

UMA: Licin sana sini keluarga PR istihar hilang keyakinan terhadap parti pembangkang atau kecewa kerana pemimpin mereka tidak menunaikan janji. Nampaknya Ahmad Syukri, Pengerusi SAMM, kena cari seramai 542 orang bagi menganti mereka yang telah hilang meninggalkan parti pembangkang. Itu tidak termasuk 1 orang pemimpin agong mereka yang bakal di tabalkan sebagai B1M (Banduan 1 Malaysia) di Bamboo river resort tak lama lagi.

Makin lama makin ramai yang mendapat hidayah dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!