Halaman

Monday, January 31, 2011

Tun M akui Nik Ajis ada sumbangan kepada Islam di Malaysia.

Tun M mengakui bahawa Nik Aziz ada sumbangan kepada Islam di Malaysia.

"Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz". - Tun M

Tun M mengecam sikap Nik Aziz selepas cadangan Lee Kuan Yew menyarankan supaya  orang Islam kurangkan mengamal Islam ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. 

Ikuti pendedahan kepincangan Nik Aziz oleh Tun M, di sini. 

agbr47: Haram untuk nasionalis, halal untuk PAS. 

waadat: Isu besar Merlimau

waadat: Isu besar Merlimau

5 buah bas penyokong PAS kandas di Batu Anam, Sungai Segamat mula surut.

Pada hari semalam selepas terasa kecewa dengan penolakkan pengundi kepada calun PAS, penyokong PAS mula bergegas meninggalkan Labis tanpa menghiraukan membantu pengundi mereka di Labis yang di ancam bahaya banjir. Malangnya niat mereka meninggalkan awal tidak termakbul kerana bas yang mereka naiki terkandas di Batu Anam kerana jalan terputus akibat banjir. Kesemua mereka beritikaf di masjid Batu Anam.

Rumah di Jalan Susur Pemudah di tengelami air.

Air Sungai Segamat mencecah lantai jambatan

Penduduk mengharungi banjir Jalan Muar berhampiran
landasan keretapi

Jawapan bagi soal kubur.

Hadi masih tidak boleh menerima hakikat kekalahan PAS di sebabkan penolakan rakyat terhadap ideologi parti itu sendiri. Hadi masih lagi meletakan kesalahan kepada faktor lapok yang setiap kali PAS kalah akan beri alasan dan dah sedia untuk di cetak tanpa bukti di sertakan.
  1. Peraturan yang adil
  2. Senarai pengundi yang bersih
  3. Media yang bebas
  4. Sogokan dan rasuah projek


"Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen." - Hadi.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen,  Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

agbr47: Dah jangka Hadi akan mengeluarkan alasan standard bagi alasan kekalahan. Bagaikan jawaban stadard soalan kubur.

sumber: Harakah

Parti Keluar Ramai Ramai punca PAS kalah.

UMA cukup gelihati apabila Ketua Penerangan UMNO kata satu dari punca kekalahan PAS adalah kerana rakyat tidak yakin kepada parti gabungan PAS, iaitu PKR yang di ertikan oleh beliau sebagai Parti Keluar Ramai ramai. Sila ikuti analisa kemengan BN oleh beliau.



agbr47: Memang dah ramai keluar pun.

Sumber Video: DET Channel.

Saiful Saman 2 juta. Blog PDOP mohon maaf terbuka.

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Saiful Bukhari
Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan. Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu. Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya. Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua. Maka kami tiada hak lagi untuk mempertikaikan bahawa Saiful dikatakan terkena "bala" akibat pengakuan sumpah laknat yang dilakukan olehnya.

[Keputusan Pahang Daily Online menarik balik laporan artikel berkenaan adalah dibuat atas profesionalisme kami dan tidak ada tekanan atau desakan oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah atas kesedaran bahawa impilkasi yang menimpa apabila ada pihak menghantar maklumat yang tidak sahih dan terus diterbitkan tanpa suntingan oleh mana-mana pihak. Kami juga amat bersimpati atas keprihatinan beberapa orang krew kami yang terpaksa mengundur diri daripada terus menghantar artikel ke blog ini melainkan Blogger Cucumatkilau yang terus memaparkan berita-berita dan aktiviti politik dari negeri Pahang hingga sekarang ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing. Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini. Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi "millage" kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah. Kami bersedia mewakilkan kepada krew kami di Pahang untuk membuat sidang media (PC) terbuka berkenaan perkara ini jika diperlukan dari masa ke semasa].

Sumber: Pahang Daily Online Pahang 

agbr47: Jangan Fitnah. Dosanya lebih besar dari membunuh.

Tak semua PAS cakap tak betul

PRK Tenang telah berlalu. Sepatutnya cerita Cikgu Mala patut di hentikan. UMNO tidak bermusuh dengan Cikgu Mala dan suami. UMNO berperang dengan ideologi parti pembangkang. Apabila keputusan telah diperolehi, kedua dua pihak wajar menerimanya dengan hati terbuka.

UMA bersetuju dengan blogger blogger tua yang sebaya dengan UMA.  Apabila sesuatu itu telah selesai semua pihak perlu menghulur tangan perdamaian. Sikit sikit cakap hendak menang dalam kekalahan itu biarkanlah. Kata kata MSO, seorang penulis dan lidah PAS saperti di bawah perlu di renungi;

"Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

"Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan."

MSO menambah lagi;
"Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwah muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal adalah di dalam pilihan raya umum.",  ulas MSO dalam blog "Merah Tinta" pada tajuk "Ulasan peristiwa". Merah Tinta

Seorang lagi blogger tua juga berpendapat yang sama. Blogger 'bERANIKAN hATI" mengulas dalam entrinya "Selesai Prk Tenang, Blogger Harus Kembali Rapatkan Barisan". Menurut beliau;
 
"Sebagai seorang blogger pro kerajaan, saya sedar dan melihat bahkan merasai bahan peperangan siber ini, pahit dan manisnya kita rasai. Namun apabila peperangan sudah brakhir eloklah kita kembali semula merapatkan saf perjuangan kita ke jalan Allah. Blogger pro kerajaan dan pro pembangkang jangan lagi bersengketa sesama kita. Kita hanyalah askar-askar yang berjuang dimedan perang untuk pasukan kita, demi kepercayaan yang kita pegang selama ini", tulis beliau dalam entri tersebut.

"Kepada Cikgu Mala dan puak-puak disebelah sana. Kami memohon maaf atas segalanya, namun demikian adat beerjuang, demikian adat berperang ~ membunuh atau dibunuh! Kami tidak merancang menyerang peribadi sesiapa, namun pihak disana yang mulakan dulu, lalu kami terpaksa sambut 'gendang perang' yang dipalu itu. Bagaimana gendang dipalu, begitulah kami menarikannya.", tambah beliau lagi. bERANIKAN hATI

UMA harap isu Cikgu Mala akan cepat terpadam dan kita alihkan isu ke Merlimau pula. Kita berjuang atas ideologi parti bukannya berperang dengan individu. Jika mereka mengeluarkan kata bertentangan dengan ideologi parti, kita jangan ragu, serang semula mereka.

yang berenang hanya katak dan gerombolan kah kah kah

BANJIR

diberitakan segamat banjir besar melanda
jambatan telah pecah
tak tagu yang mana

dipekan labis masih ada beribu ribu
warga yang bukan sali labis tersadai
makan kurang - kedai tutup

yang berenang hanya katak
dan gerombolan kah kah kah

hujan dah turun semanjak lima hari

lenga
bukit kepong
chaah

semua banjir!!!

agbr47: Celaka, kau semua lari tak menolong sebaliknya menghina mereka? Islam haramkejadah.

Tukar Tiub. klik sini

Mahfuz Minta Tangguh Hingga Lepas Tahun Baru Cina.

Mahfuz melawak bodoh lagi. Dia mengesa SPR supaya menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan.  "Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka.  SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya..


Ha...Tu dia. Undi boleh tangguh tangguh. Nak tangguh sampai petang hujan masih takde tanda berhenti. Mungkin Mahfoz minta tangguh sehingga selepas tahun baru Cina? Kalau tangguh selepas tahun baru cina, apakah Mahfoz akan berpuashati? Tarikh sekarang ini pun beliau dah kata dekat dengan tahun baru cina dan ini merupakan satu konspirasi SPR dengan BN. UMA pun tak faham. Kalau sambutan tahun baru cina mempengaruhi undi, kedua dua parti yang bertanding sepatutnya akan terjejas. Bukan menjejaskan hanya sebelah pihak. Kalau SPR setuju untuk tangguh, apakah Mahfuz juga akan berpuashati di atas keselamatan undi yang telah di buang oleh sebahagian pengundi di dalam peti undi yang akan di simpan oleh SPR sehingga satu tarikh pengundian baru di tetapkan? Apakah tiada fitnah berhubung sabotaj kertas undi semasa ia di simpan dalam kawalan pihak SPR. Sekarang ini baik pehak keselamatan mahu pun SPR, tindak pernah mereka yakini. Kenyatan lawak bodoh Mahfuz



agbr47: Kalau tak melawak bodoh, bukan Mahfuz namanya.

Sunday, January 30, 2011

Kalau dah UMNO, banjir pun jadi satu konspirasi.

UMA tengah tertunggu tunggu alasan kekalahan PAS. Konspirasi adalah alasan utama yang di jaja kesana sini sebelum ini. Kebetulan dalam hari mengundi banjir. UMA dah terbayang bagaimana mereka akan menuduh banjir juga satu konspirasi UMNO. Apakah pas akan kata dia masih tetap menang? Untuk menyatakan menang mudah sahaja. Jumlah yang besar itu kita pecah pecahkan jadi kecil. Kebetulan kecil pada BN, bolehlah nanti katakan BN kalah. Jom kita dengar apa kata MSO;

Mohd Sayuti Omar

"Peratus keluar mengundi tidak sampai 70%. Kadar mengundi rendah memberi petanda buruk kepada pihak pembangkang. Beberapa kawasan terputus menyebabkan pengundi tidak boleh keluar.

 Keadaan ini ditambah lagi dengan bantuan kepada pengundi yang disedikan oleh agensi tertentu tidak adil. Mudah difahami pengundi Pas tidak dibawa ke pusat pengundian sedangkan Pas pula tidak mempunyai kelengkapan yang banyak. Agensi penyelamat sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada pengundi UBN."

Suasan alam di Tenang hari ini berpihak kepada UBN", ulas MSO dalam blog beliau "Merah Tinta". Klik sini

agbr47: Sebagai di jangka, banjir kurnian Allah pun boleh di tuduh UMNO jadikan konspirasi di dalam memenangkan calun mereka.

Bandar Segamat Telah di Naiki Air

Bandar Segamat telah di naiki air. Jalan Telah mula di tutup untuk semua kenderaan. Beberapa kenderaan yang degil kelihatan rosak di dalam mengharungi air di dalam bandar. Arus laju. Air semakin naik.

Kawasan kampong Jawa, Kampung Abdullah, Taman Seri Waja, Taman Jernalin air telah memasuki rumah.

TNB telah memutuskan bekalan elektrik di kawasan perumahan berkawasan tanah rendah saperti di Jalan Susur Pemuda.

Tahniah BN kerana memenangi PRK Tenang:
BN : 6698 (69.1%)
PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Rosak : 35
Turn out : 71%


Detail: Sila klik sini.

Rumah UMA Juga Banjir.

Tak pernah jadi dalam sejarah rumah UMA sendiri yang banjir. Dah 20 tahun UMA tinggal di sini, tidak pernah banjir atau banjir kilat. UMA berpendapat, jika Taman UMA boleh banjir, Bandar Segamat akan tengelam. Mungkin kerana persekitaran Taman Yayasan tempat tinggal UMA telah di bena banyak taman perumahan baru, air yang sepatutnya bertakung kedalam paya kini terpaksa melalui jalanraya perumahan untuk mencari tanah yang lebih rendah.

Anak UMA yang ingin pulang dari Trenganu juga di nasihatkan supaya tidak balik hari ini kerana beberapa kawasan jalan Segamat-Kuantan di beritahu terputus. Jalan Segamat-Chaah, Segamat-Tangkak juga di laporkan terputus. Gambar di sekeliling rumah UMA di hadapan dan di belakang.




Rumah Hj Ismail berhadapan rumah Mr Yau lama dahulu, air telah masuk hingga ke ruang tamu. Apa kah air akan masuk ke ruang tamu rumah UMA pula. Air masih lagi mengalir dengan laju.

Jangan jangan UMA juga dapat merasa mencuci rumah selepas banjir.

Apakah Banjir Besar Segamat Berulang Lagi

Oleh kerana hujan, UMA tidak ke Labis menyaksikan kemeriahan mengundi di sana. Dari blog rakan rakan yang membuat liputan secara langsung menyatakan pengundian berjalan perlahan.

Pengalaman UMA di Segamat biasanya banjir akan berlaku di Segamat ketika matahari tegak di atas kepala. Banjir hanya berlaku selepas beberapa hari hujan turun apabila air dari kawasan hulu Sungai Segamat melimpahkan airnya ke kawasan rendah di sekitar Bandar Segamat dan penempatan penduduk di sekitarnya.

Tempat letak kereta di Bangunan Centerpoint telah di
genangi air sedalam 0.3 meter.
Pada tahun Nov 2006, keadaan banjir besar berbeza sama sekali. Banjir bukan berlaku selepas beberapa hari hujan malah pada waktu hujan itu sendiri. Banjir tersebut telah menengelamkan bandar Segamat, kampung Jawa, Taman Tasih, Kampung Abdullah dan kawasan disekitarnya.

Pada hari ini gejala yang sama juga berlaku saperti pada tahun 2006. Penduduk Taman Tasik telah nampak serik jika di bandingkan kedegilan mereka pada banjir banjir sebelum ini. Walaupun air belum lagi menutupi Taman mereka tetapi telah menutupi kawasan tanah rendah di belakang taman tersebut, penduduk telah mula berpindah ke dua buah pusat bantuan banjir di Sekolah Agama Kg Jawa dan Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa. Taman Tasik adalah mangsa tetap setiap kali banjir, tak kiralah samada banjir besar atau kecil. Maklumat dari Blogger Anak  Pekan bahawa telah terdapat 100 mangsa yang telah berpindah kesekolah ini sekarang.

Ada juga maklumat dari penguna jalanraya Segamat Tangkak telah memberitahu UMA ada kawasan yang jalannya telah di tutup kepada kenderaan kecil. Jika rakan blogger tidak meninggalkan Labis sekarang, alamat mereka akan terus tinggal di Labis sekurang kurangnya 2 hari lagi.


Air tinggal lagi 0.8 meter untuk mencecah lantai jambatan Sungai
Segamat. Pada banjir 2006., Air mencecah hingga kelantai jambatan.
Hari masih lagi hujan dan air masih lagi naik








Jalan alternatif jika jalan di lintasan keretapi ditutup,
jalan di bawah landasan akan di gunakan. Jalan ini
sekarang telah di tutup kerana banjir.





















Masjid Kampung Jawa pernah di tengelami  air 
Hingga ke menegelami lantanMasjid


Sekolah Agama Kampong Jawa menempat
mangsa mangsa banjir

Sekolah Kampong Jawa hanya berhadapan dengan
Sekolah Agama Kampong Jawa juga dijadikan

sebagai pusat bantuan banjir


Laman sekolah ini juga pernah di tengalami air hingga
0.8 mater dan kereta mangsa juga turut di hanyutkan
oleh arus banjir pada tahun 2006
Sebahagian penduduk yang telah berpindah di 
pusat bantuan banjir di Sekolah Agama
Kampong Jawa.
Berhati ketika mengharungi banjir supaya perkara perkara yang tidak di ingini dari berlaku.

Salam dari UMA dan terus ikuti keputusan PRK Tenang secara online dari Pisau.net
 Di saat saat akhir PKR merayu undi pada petang semalam di ketuai oleh Chua Ju Meng. Sambil merayu undi, petugas mengedarkan bulletin Selangor kini edisi ringkas dengan harapan dapat mempengaruhi undi pengundi pengundi di PRK Tenang. 10 Edisi telah di edarkan


Edisi Jawi



UMA melihat bahawa isu yang di ketengahkan tidak ada mengena dengan pengundi di Tenang. Di Johor kami tidak menghadapi masalah air. Isu ini sentiasa di ketengahkan di Tenang oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim setiap kali datang berceramah di Labis. PKR cuba menarik  rakyat Johor supaya mereka sama sama bersempati dengan krisis isu air di Selangor.

Dalam Edisi Jawi "Harapan Baru Untuk Malaysia" memaparkan angka angka yang kononnya kejayaan PR mesra rakyaat.

Kedah.
  • Bantuan RM 6.5 juta untuk keluarga miskin
  • RM 14.5 juta untuk bantuan bencana alam
  • RM 3.6 juta kifalah untuk warga emas
  • RM 13 juta untuk pembangunan pertanian
  • RM 5 juta untuk pembangunan penternakan
Kelantan
  • Berjaya membasmi kemiskinan dari negeri kedua termiskin ketangga keenam. Wau, he..he..
  • RM 1.5 juta 10Kg setiap bulan kepada semua keluarga miskin.? He..He..
  • RM 4 juta untuk paip air bersih ke kampung kampung. Ha..ha..
  • Sekim kifalah untuk warga emas dan ibu tunggal RM 2000
Selangor
  • Skim Air percuma melibatkan RM 120 juta
  • Skim bantuan kepada semua warga emas RM 2500 untuk khairat kematian.
  • Peruntukan Jabatan Agama Islam RM 110.6 juta. 
  • RM 10 juta tabung anak anak pekerja ladang untuk bantuan sekolah, subsidi bas sekolah, rumah ibadah bukan Islam. He..he..
  • Perihatin kepada pendidikan
    • Kemaikan gaji guru kafar dari RM 700 kepada RM 1000
    • RM 6 juta kepada sekolah agama rakyat (bulletin tulis RM 6000000. Nampak banyak sikit) he.. he..
    • RM 6 juta untuk sekolah kebangsaan Cina dan 4 juta untuk Sekolah keb Tamil.
Bagi pulau Pinang, kerajaan negeri lebih menumpukan kepada Agama Islam. Kah..kah....
  • Kenaikan perbelanjaan Jabatan Agama Islam dari RM 12.5 juta kepada RM 24.76 juta. (Patut nik ajis kata LGE sebagai khalifah....)
  • Jumlahj peruntukan untuk tujuan hal ehwal Agama Islam RM 63.21 juta (2011)
  • Skim bantuan warga emas RM 100 setiap tahun kepada 036'112 warga emas di Pulau Pinang, RM 1000 untuk khairat kematian. (Potong separuh dari Selangor)
  • Berjaya mencapai miskin tegar sifar, Peruntukan RM 3.6 juta uintuk bantuan keluarga miskin.
  • Perihatin kepada pendidikan
    • Kenaikan guru kafa 
    • RM 97 ribu purata  kepad setiap sekolah agama rakyat, RM 60 ribu sekolah Cina dan 63 ribu sekolah Tamil
Perak pun ada
  • Pemberian grant tanah dari geran sementara kepada geran kekal untuk 150 ribu isu rumah kampung tradisi, kampung tersusun Melayu dan kampung baru Cina.
  • 400 hektar tanah untuk orang asli
Dalam krisi Johor, bulliten menulis
  • Kerajaan Johor gagal membasmi kemiskinan kepada 36 ribu rakyat miskin yang di manupulasi dari Maij 2007)
  • 6.62 bil ringgit hutang Perbadanan Johor pada 31 Disember 2009. Barisan Nasional gagal urusan tadbir kekayaan negara.
  • 3 juta padu pasir haram di ekspot ke Singapura melalui sungai Johor.(Star Jun 2010)
  • 251.9 juta ringgit keuntungan sendiket ekspot pasir haram ke Singapura dalam 3 tahun.
Krisis ikonomi dan krisk pendidikan UMA letak tepi dulu

Krisis Felda
  • 1.2 bil sahaja yang tinggal dalam simpanan tunai Felda. Pada tahun 2001, simpanan tunai berjumlah RM 4.5 bil
  • 662 juta untuk membina bangunan Felda mewah yang baru di Kuala Lumpur
  • 11 juta di arah mahkamah bayar kepada 354 peneroka Kelantan. kerana Felda manupulasi grade buah kelapa sawit.
He...he....yang lebih bacalah sendiri. UMA tak mampu nak ulas kerana yang pakar ikonomi mungkin boleh menyatakan kebenaran dakwaan mereka.

Menang tapi bukan majoriti besar

UMA sempat berjalan di Labis pada petang semalam. Hujan masih lagi renyai dan berlarutan hingga ke malam.
Perayu BN mengedarkan bulletin kepada penduduk

Chua Ju Meng merayu undi di gerai persimpangan masuk Bandar Labis.



Perayu undi PAS menayangkan banner gambar Cikgu Mala di minta pemandu membunyikan hon tanda sokongan

Gelombang Merah menyerang Labis

Gelombang merah merayu undi di perhentian bas Labis

Tidak pernah jalan di Paya Merah sesak ini
Malam ke Pekan Air Panas, Tenang, Labis berjumpa Tn Hj Bakar dari Pahang bagi mengiringi wakil DS Najib Cikgu Mastor. Rakan sebilek semasa di Mekka Al-Mukaramah. Kelihatan bilek gerakkan MCA hanya di hadir beberapa penyokong. 500 meter dari bilek gerakkan MCA pula ialah bilek gerakan DAP yang penuh sesak dengan penyokong. 
Pukul 11:30 Malam meninggalkan Pekan Air Panas. Kelihatan penyokong Dap masih memenuhi kemah ceramah dan berpayung di dalam hujan. Hujan begitu lebat sekali. Kemah MCA telah siap di kemas. Tanda sokongan pengundi Cina masih memihak kepada DAP.


Saturday, January 29, 2011

Video Kemarahan Penduduk Tenang.

UMA orang pertama melenting berhubung isu jenazah sebaik sahaja ia tertera di haramjadah. Klik sini. UMA kumpulkan pendapat ahli J/kuasa masjid Tenang dan juga petugas dari UMNO berhubung dengan peristiwa itu. Keluarga allahyarham juga turut tersinggong dengan apa yang berlaku.




agbr47: Akibat suka menunjok njuk.

Facebook Cikgu Mala menghina Orang Tua dalam UMNO.



Mala dalam facebooknya menghina orang orang tua UMNO, angkuh, bodoh sombong yang membuat generasi muda yang berpelajaran tidak hurmat kepada mereka. Tulisan mala yang di keluarkan melalui admin wiwc saperti berikut di bawah;

"KESIAN bila di lihat Jenis2 Orang-orang TUA dalam UMNO yg sesetengahnya TAHAP JAHIL, ANGKUH, serta sikap BODOH SOMBONG mereka, bukan membuat generasi MUDA yang berpelajaran lebih menghormati mereka, tapi JIJIK dengan mereka dan parti UMNO. Sepatutnya kita menghormati dan mengharapkan NASIHAT generasi TUA, tapi UMNO men...ghasilkan generasi TUA yg kebanyakan dah LAMA "EXPIRED!" -wiwc"

Pendapat beliau lagi di sokong oleh yang lain;

  • Kami Benci Saiful Bukhari! Mungkin di masa depan kena sediak RUMAH ORANG-ORANG TUA KHAS utk AHLI-AHLI UMNO sahaja supaya tak MENCEMARkan masyarakat dgn pemikiran/ideologi RACIST dan sikap ANGKUH serta BODOH SOMBONG mereka -wiwc
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · 6 orang7 orang sukakan ini. ·  

  • Naga Tak Ganaz aku taw siapa yg anda maksudkan.. hahaha.. umngok yg bodo pastu sombong.. pusing2 citer cam harem.. aku rase die tu memang da minum air rendaman kaki najibtuya.. tu yg bebal.. biase r wan.. umno kan 4 dummies.. wakakaka.. lyn die kang x kije aku.. sian bos aku kang..
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · 2 orangSedang Memuatkan... ·
  • Pai Cavalera org tua dulu byk mkn budi...tu yg payah tu..diorang igt zaman susah sebelom merdeka...
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·  

  • Zulkarnain Zidane hahahah mesti si Aris Kuantan .. wakakaka memang susahh
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·
  • Naga Tak Ganaz ZZ: cam ziana zain plak.. haha.... jgn lupe n the gang..
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·  

  • Xrantarox Farid Hahahaha,tua tua berisi
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    ·
  • Buat Bin Pitih rumah kata pergi kubur kata mari.Masih nak terima rasuah.Alasan biasa kalau sokong pembakang nanti anak susah dpt kerja.Tengok situpun dah syirik dgn Allah.apa BN bagi rezeki pada kita ke.
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    ·
  • Zulkarnain Zidane hari minggu ni ada masa lepak2 la naga tak ganaz ..huhu saja jejalan tgok wall org.. mcm2 ada..

    aha2 boto2 AK n the gang
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·  

  • Awang Gedebe dah perut nasi diorang..nk wat camana? nak cari keje lain xde kudrat dah..last2 mencacai la hahaha
    lebih kurang sejam yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·  

  • Ahmad Luqman keegoan yang menggunung....
    57 minit yang lalu ·
    · SeorangSedang Memuatkan... ·  

  • Kami Benci Saiful Bukhari! Orang bila makin TUA makin nak BERTAUBAT, ambil masa dekat2 bersara utk ber AMAL, dekatkan diri pada Tuhan, CARI ILMU di masa lapang...ni MAKIN TUA pulak...MAKIN KERAS KEPALA kalahkan YAHUDI zaman Nabi Musa! -wiwc
    agbr47: Binatang.....Kau nak kutuk pemimpin UMNO kau punye pasal. Kau kutuk aku orang tua UMNO, engkau memang binatang..... Bukankah orang tua di atas ini juga patut duduk di rumah berzikir.

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!