Halaman

Monday, April 25, 2011

Terbongkar, siapa yang pecahkan tabung surau UMA.

Dia ingat ini tabung Memali ke apa? Lepas tong tabung di bawa lari, kami pasang rantai. Kali ini dia bawa hacksaw pulak. Betul betul nak cari bala.

Kenapalah polis tak cari DNA kat kawasan tong tabung tu?


Sunday, April 24, 2011

Nuar Anugerah tuhan untuk Malaysia.

Kata azizah bahawa nuar, anugerah tuhan ada juga ketepatannya dalam kontek Malaysia. Dah 56 tahun umur UMA, sedikit pun tidak sedar bahawa berzina itu bukan satu kesalahan menurut undang undang Malaysia. Jika mengendar dadah dan menaggih dadah adalah satu kesalahan undang undang tetapi bagi zina, memperdagangkan zina satu kesalahan tetapi tidak kepada berzina. Nuar telah membongkar rahsia itu. Kepincangan undang undang dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaannya. Tanpa nuar mencabar undang undang tersebut, tidak seorang pun rakyat Malaysia yang mempersoalkan kepincangan undang undang tersebut. nuar, telah di anugerahkan oleh Allah kepada rakyat Malaysia supaya mereka di sedarkan bahawa undang undang tersebut tidak menjaga kesucian agama Islam di negara yang tercinta ini.

Ada sebahagian undang undang Islam mengikut negeri negeri di Malaysia terdapat kesalahan zina yang nilainya hanya lima ribu ringgit sahaja tetapi tidak boleh dipraktikan kerana memerlukan 4 orang saksi yang tidak fasik. Undang undang ini hanya memperuntukan zina yang di lakukan di khalayak ramai sama seperti makan dan minum ketika Ramadhan di tempat orang awam.

nuar juga satu anugerah Allah untuk Malaysia. Tanpa nuar agak sukar di mengertikan bagaimana Yahudi dengan liciknya mengelincirkan iman umat Islam dengan kaedah beragama. Dengan di turunkan nuar, maka Allah telah menganugerahkan kepada rakyat Malaysia tektik bagaimana Islam itu di selewengkan. Baharu rakyat Malaysia sedar, Yahudi mengunakan manusia yang berperwatakan agama menjadikan Islam sebagai persamaan agama. Dengan cara itu, orang itu boleh dengan sebebas bebasnya kelak mengamalkan tabie buruk mereka berhubung dengan zina supaya tidak lagi di lihat sebagai satu kejanggalan moral dan bertentangan dengan agama. Selalunya kita hanya dengar dengar tetapi dengan di anugerahkan nuar kepada rakyat Malaysia, umat Islam dapat melihatnya dengan mata sendiri.

nuar juga satu anugerah tuhan kepada rakyat Malaysia. Orang Islam di ajar berpegang bahawa syaitan dan iblis akan menghasut, memujuk dan memperdayakan manusia untuk di gelincirkan dari jalan yang lurus. Allah juga telah memperkenankan niat iblis itu malahan Allah telah mencabarnya boleh mengunakan tentera tentera mereka yang berkuda dan berjalan kaki. Bagaimana umat Islam boleh memahami sesuatu yang ghaib? Lalu Allah telah anugerahkan nuar kepada rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia mudah memahami sebagaimana cerita yang di ceritakan di dalam Quran tersebut.

nuar sebagai anugerah tuhan untuk rakyat Malaysia. Dengan anugerah itu rakyat dapat melihat perpecahan bangsa Melayu akan menguntongkan orang kafir. Allah membiarkan perpecahan itu berlaku sebentar. Allah berikan pengikut pengikut mereka terdiri dari mereka yang arif dalam pelbagai bidang saperti perundangan, pentadbiran, ikonomi dan agama. Kemudian pengikut pengikut setia nuar  di bolak balekkan hati mereka dan akhirnya mereka kembali kepangkalan jalan dengan membawa bersama bukti bukti kesesatan nuar dan kaedah perpecahan itu di jalankan melalui kepakaran dalam bidang masing masing.

Setelah Allah sempurnakan anugerah itu, Allah jadikan sahabat sebagai musuh, Fitnah di buktikan kepalsuannya, pembohongan di buktikan kebenaran. Pengikut beransur meninggalkannya. Yang tinggal hanya kaum keluarga sendiri yang telah menerima budaya nuar dalam kehidupan mereka serta telah terperangkap dalam budaya tersebut serta mereka yang telah di tutup pintu hati mereka oleh Allah untuk menerima kebenaran. Allah jadikan peristiwa anugerah ini untuk mudah rakyat Malaysia memahaminya bagi  menyelamatkan umat Islam dari terus tertipu juga kepada mereka yang berfikir.

Wednesday, April 20, 2011

Suaram masih tak puas hati. Masih mahu terus korek?

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

Tak habis habis dendam Suaram kepada kerajaan. Ini mesti kerja pegawai risik angkatan tentera dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin yang kerjanya membocorkan apa juga rahsia tentera ke pehak pembangkang. Tugas merisik bagi pehak tentera bertukar menjadi risikan bagi pehak pembangkang pula. Atau nuar memang telah mengenal pasti pontensi Kol Azmi lalu nuar berjaya memukau Kol Azmi saperti yang di lakukannya kepada Saiful, Azizan dan Sukma.

Mari kita jenggok blog kak wan tentang kisah ini. klik sini.

Sumber: Blog Wan Azizah.

Skandal Scorpene: Suaram Lantik Hakim Bebas di Perancis

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.
“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.
Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.
Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.

Datok T: 20,000 Video nuar sedia untuk di edar


‘Kami tidak takut didakwa’

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.
Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.
“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.
“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.
Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.
“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.
Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

Sumber: Utusan Malaysia.

Tuesday, April 19, 2011

Kebakaran di Lembah Pantai. Ramai beri cadangan kepada Nurul Izah.

Sejak berlaku kebakaran di Lembah Pantai, ramai yang beri cadangan kepada Nurul Izzah. Ahli baru pun dah mencecah 13,235 orang kata GAP, hee..he....

Mari kita sorot cadangan orang ramai kepada nurul.

Kamil Hafidh
Kebesaran Tuhan! RT @ Tapak kebakaran yg telah menghancurkan 14 rumah di Kg Pantai Dalam. Subhanallah… (cont)
PanchaArdjuna
@
@ @ Pindah sementara? Pindah ke mana? Sapa yg usahakan?
PanchaArdjuna
@
@ Setakat cakap je bolehlah YB. PKR bukan ada seni pun nak selesaikan masalah umat. Contohilah UMNO & PAS.
Collin Yew
Why don't @ @ @GobindSinghDeo@hannahyeoh@n_izzah @ go to all the place that had lost to do ceramah ?
Muszaina Md Mustaffa
@
@ derma kilat sudh tntu $nilai nya pon ciput la tu..YB klu xcukup fund bole minta dr DAP,duit derma yg dbw dr Srwk mmg byk!Try la YB!
fahmi_fadzil
@
@ insyaAllah boleh diusahakan. yg utama ialah tempat tinggal. @ @
c'ja
@
@ allah maha besar
azrilbangsar
@ ahli parlimen lembah pantai tak bg kerusi roda ke pd mangsa kebakaran yg perlukan? @ @
Nurul Izzah
@
@ sudah dipindahkan sementara. Derma kilat diberi, dan sajian makan dibantu bsama cabang pkr LP. InsyaAllah zakat tiba ptg
suraya bt yaacob
@ @ tunggu peruntukan kerajaan pusat le tu
Muszaina Md Mustaffa
@
@ ce cite ce cite apa tindakan YB?? Setakat dok kesian, berlambak tepi jln..kami nk dgr apa tindakan pntas YB dlm mbantu mngsa!!
drsyediskandar
@
@ kebesaran Allah swt
A. Hassan
Politics is a job where ur task is to appear like u r doing the actual work RT @: Rumah2 yg hilang harus ...
marwan
@
@ tolong mereka...
rozszell
@
@ Berila bantuan kak oi..
mohd ridzuan
Program YB @ Pemeriksaan Kesihatan & Gigi Percuma 24 April 2011 (Ahad) 10.00 am - 2.00 pm di Pantai Permai
azrilbangsar
@
@ siapa yg uruskan makan minum, tempat tinggal mangsa yb?
Nurul Islam
@
@ Allah Maha Besar!! Itu juga bakal berlaku kepada Pemfitnah yg tidak lgsg takut kuasa Allah!!
Puspawati Rosman
RT @: Di Kg Pantai Dlm, melawat 14 keluarga yg hilang tmpt tinggal & harta benda akibat kebakaran di sini beberapa hari lalu
Nurul Izzah
Tapak kebakaran yg telah menghancurkan 14 rumah di Kg Pantai Dalam. Subhanallah, surau di hujung (kanan) selamat
Muszaina Md Mustaffa
@
@ setakat melawat tkdak kesan la YB, hulurkan bntuan,tp jgn bg satu hamper riuh cite satu kampong!!
Krishna Subramaniam
@
@ those who can't be there physically send their prayers
Ahmad Latiff Ahmad
@
@ @ @ @ @ i rd the aust green syg lynas x hv EIA..another misleading fact. wonder given by who?
ExAvantz ابن عباس
Polis sahkan lelaki dlm video bukan @ - Keadilandaily @ @ @ @ @ @
Tan Cheng Lock KBE
YB, how come ur father left without saying goodbye ? RT @: Rumah2 yg hilang harus didirikan semula. Alh… (cont)
Nurul Izzah
Rumah2 yg hilang harus didirikan semula. Alhamdulillah semangat penduduk cukup kuat. Bersabarlah dlm menghadapi cabaran
Nurul Izzah
Di Kg Pantai Dlm, melawat 14 keluarga yg hilang tmpt tinggal & harta benda akibat kebakaran di sini beberapa hari lalu



PRN Sarawak: Satu Konspirasi BN

Ha yang nie baru betul. BN telah berkonspirasi dengan rakyat Sarawak untuk menjatuhkan PR dalam prn yang lalu. Kalau pembangkang nak tuduh pun UMA terima. Dan akhirnya pembangkang telah kecundang dalam perebutan kuasa tersebut.



BERTANDING    MENANG
BN-PBB 35 35
BN-SUPP 19 6
BN-PRS 9 8
BN-SPDP 8 6
PR-DAP 15 12
PR-PKR 49 3
PR-PAS 5 0
PCM 6 0
SNAP 26 0


Sebelum prn Sarawak, sebok pembangkang menyatakan akan berlaku tsunami perubahan politik dalam prn tersebut. Untuk melihat tsunami itu, UMA telah membuat satu matrix  keputusan piliharaya tersebut bersumber dari web SPR supaya mudah untuk UMA fahami berapa hebat kesan tsunami tersebut. Sila download matrix yang telah UMA sediakan di sini

Mana ada tsunami? Kalau PKR nak buat tsunami mestilah nak menang besar. Sampai 6 kawasan hilang deposit tu tsunami apa?Cakap aje besar, buat gempak. Tapi UMA tak nafikan kekuatan DAP. kecuali N68, walaupun kalah, pertandingan tetap senggit.

Kecuali BN, nampaknya rakyat Sarawak lebih percaya kepada parti yang berpusat di semenanjung. Parti tempatan saperti SNAP, PCM dan bebas kalah teruk. Boleh di katakan hampir semua hilang wang pertaruhan. PKR walau pun banyak kawasan hilang wang deposit tetapi beberap kawasan agak senggit saperti Tasik Biru, Batu Lintang, Saribas, Krian, Machan, Tamin, Kakus, Lambir, Telok Usan dan paling kritikal di Senadin.

PAS walau takde satu pun menang tetapi tidak ada calun pula sampai hilang wang deposit. Kekuatan, setumpul gigi hadi dan nik ajis aje. Eloklah bersara......

Nampaknya orang Sarawak tak begitu suka mengundi atau terlalu yakin BN akan menang cemerlang. Purata peratus mengundi agak  rendah 69.7%, max=78.87% dan min=49.21%.

Sunday, April 17, 2011

Tak menang apa, menang twitter pun jadilah ehh!!

Cari, cari alasan. Jangan ngaku kalah. Apa yang boleh timbus,  timbus. Lobang bangkai gajah, kalau ada bangkai semut pun timbus aje. Kalau tak menang pun, menang twitter pun jadilah ehh, he....he.....

Ala Mala, lagi sakit jiwalah Makrof?

Suami Mala cikgu Makrof akan di tukarkan ke SMK Tanjung Pengeli, Kota Tinggi. Sebelum ini Makrof, 45, yang mengajar  di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, dikatakan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.

Makrof bermain air dalam di katakan sakit.
Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang.



Ala...ala  Mala, makin sakit jiwalah si Makrof tu? Dia bukan boleh di tinggalkan seorang. Baru di khabarkan berpindah ke Johor aje dah sakit jiwa. Takut di tinggal isteri. Sebab tu kemana aje Mala pergi, Makrof membontot Mala. Di Sarawak juga kelihatan Makrof turut serta bersama Mala di dalam kempen Piliharaya Negeri Sarawak.

Untuk anak anak di Tanjung Pengeli, nasib kaulah nak dapat guru sakit jiwa. Lepas nie lagi banyaklah cikgu kau tu bercuti. Balik nak tenggok isteri di rumah di samping kerap kena sakit jiwa.

Saturday, April 16, 2011

TUN M tak berani beralih belakang?

Hebat Tun M. UMA bersetuju dengan infor Corner, cakap Tun M masih lagi menarik perhatian orang ramai. Sindiran yang sinis dan tak perlu menjerit jerit. Kebijaksanaan Tun M menyusun cerita sehingga setiap pendengar terus tertarik untuk mengikuti cerita yang berikutnya.

Dalam kesengajaan Tun Menyebut jam Rolex, pendengar menjerit menyatakan jam Omega. Dengan lawak sinis Tun berkata "Oh, orang sini semua tau ye?" Sambil di sambut ketawa dari penuntun. Sebelum itu Tun M berlawak; "Orang macam ini kita nak duduk dekat pun takut". Sambil di sambut deraian ketawa pendengar. "Maaf saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang aje, bukan apa".




Hee...he...Tun berani tunjuk jam yang di pakai. Pandai betul Tun M menyakat.......

Sumber: Infor Corner.


Orang bagi ambik, undi tetap pada BN

Wau, untung jadi rakyat Sarawak saat ini. Pelbagai janji telah di berikan semata mata mencari sokongan undi. Ada juga bukan lagi berjanji. Betul betul bagi.

Orang bagi ambik aje. Undi tetap BN....



Sumber : GWM

Penat berkempen, sementara menunaikan hak mengundi!!!

Selepas penat berkempen atau menghadiri kempen sila berihat sebelum menunaikan hak mengundi. Sila nikmati lagu dari papahebat,

Papa dengan anak mempunyai minat yang sama.........

Berihat dululah papa. Minggu depan ada tugas yang penting untuk di hadapi....

Sila berhibur.

Friday, April 15, 2011

Ada yang UMA tak tahu tentang Nurul Izah

Ada yang UMA tidak tahu tentang izah. Rupanya Izah boleh bermain guitar dan menyanyi. Izah kata papa hebat kurang memberikan dia hadiah. Tapi papa belikan guitar selepas izah lulus dengan cermelang keputusan SPM.

Sungguh ayu wajah izah. UMA terpaut.
Takpe izah, papa hebat sebenarnya terlalu sebuk sehingga takde masa dengan keluarga. Masa abang sukma tinggal di rumah izah, papa sebuk balun sukma. Pukul 9:00 giliran cina doll pulak! Tak tahulah mak izah dapat giliran ke tidak? Kalau ada giliran, bercampur belakang dengan depan, eeii gelinya.


Papa, walaupun kurang memberikan hadiah kepada izah tetapi sebenarnya papa seorang yang pemurah. Tak percaya tanyalah makcik shamsidar. Bukan sedikit pemberian papa. Izah tahukan!!!

Kemesraan izah dengan remaja memang ketara. Puteri patut mencontohi macam izah. Kat mana ada remaja kat situ ada izah. Perhimpunan dalam universiti izah ada, perhimpunan ngo ada. Pendik kata asalkan ada perhimpunan remaja, adalah izah.

Baru baru ini izah menyanyi lagu  "Fake Plastic Tree" disamping memetik guitar. Selepas itu menyanyi satu lagi lagu "Tree" sambil di iringi oleh seorang artis remaja tempatan, Jes Ebrahim dalam majlis "the Rock 4 Rights music festival" di George Town, Penang yang lalu. Tak tahulah apa yang ada di sebalik tree hingga semua tajuk lagu ada perkataan tree.

Tapi ialah, izah seorang pemimpin pembangkang. Tak payah buat kerja asalkan membangkang. Pemimpin pemerintah kena buat kerja dan melayan pula kerenah pembangkang. Dah tentu izah ada cukup masa untuk beritu berini dengan masyarakat remaja. Pemimpin Pemuda, sampai berbuih mulut UMA supaya mereka adakan program bersama remaja. Balik balik bawak motor besar keliling negara.

Semoga sambutan harijadi UMA pada tahun hadapan izah sudi menyanyikan beberapa buah lagu sambil bermain guitar. UMA boleh iringi dengan gambus atau violin atau piano. Sudah tentu hari jadi UMA akan meriah. Tapi UMA bukanlah remaja. Cuma sama remaja dengan papa hebat.

Thursday, April 14, 2011

Hayati ke Indahan yang tersirat

Hantu belaan, kalau tak dapat pusing kepala musuh di pusing kepala tuan dia sendiri.

Teringat pesanan ayah UMA semasa UMA kecil dahulu. Kata ayah UMA, Jin walaupun kuat tapi dia bodoh. Walau bagaimanapun jin amat taat kepada tuan pemeliharaan dia. Kalau di perintahkan supaya memutar kepala seteru tuan pemeliharaannya, jika tidak dapat di putar maka jin akan berpatah balik dan memutar kepala tuan pemeliharaannya pula.

Begitulah sikap bodoh jin. Agaknya kalaulah jin ini bijaksana sebagaimana kita manusia sudah tentu dia mampu mengwujudkan teknoloji tinggi. Mereka pula ada satu kelebihan. Mereka boleh nampak kita manakala kita tidak. Sudah pasti akan hancurlah manusia semuanya. Allah telah memberi amaran kepada syaitan dan iblis. Syaitan dan iblis adalah dalam gulungan jin. bahawa mereka tiadak ada kuasa terhadap manusia kecuali hanya dengan tipu muslihat sahaja.

"Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)." Al- Isaa': 65

Selepasa Allah mencabar syaitan dan iblis mengunakan segala penyokong penyokong dia yang berkuda dan berjalan kaki sama saperti penyokong penyokong nuar;


"Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata." al-Isaa':64

RPK ni pun macam jin juga. Bila tuan dia suruh hancurkan DS Najib lalu dia tidak mampu melakukannya maka dia berpatah balih ke tuan pemeliharaan dia untuk hancurkan tuan dia pulak. Nasib engkaulah bagi orang orang yang suka menyimpan jin.

Wednesday, April 13, 2011

Nalla: Awak takde tenggok nuar punye badan. Saya Ada!!!

Ada jam, tunjuklah. Tunjuklah itu jam. Awak semua takde tenggok dia punye badan. Saya ada..... He....He.....



Fikir sendiri.

Panas: Zul Berdialog. Buku bertemu ruas.

UMA tak mahu ulas. Cuma UMA nak ingatkan cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Elok juga apabila buku bertemu ruas.


Klik sini

Sengaja menimbulkan bibit kebencian rakyat.

The Insider berterusan manupulasi berita kematian Ahmad Sarbani di dada akbar online mereka. Berita yang di lampirkan bersama yahoo email page untuk tatapan penguna email yahoo dan boleh di baca oleh pembaca seluruh dunia. Insider sengaja tidak bertanggungjawab membuat spekulasi supaya bibit kebencian dan hilang keyakinan rakyat kepada agensi kerajaan khasnya PSRM.

Kematian itu masih dalam siasatan polis. Lainlah setelah hasil siasatan di dapati ada unsur penipuan oleh pehak berkuasa kemudian keluarga atau rakyat mencurahkan perasaan mereka di dada akhbar pula. Jangan kata pehak keluarga Ahmad Sabani, seluruh negara terkilan dengan kematian tersebut. Yang penting kita tunggu hasil siasatan. Membuat spekulasi yang pelbagai akan merumitkan lagi penyiasatan. UMA juga rasa melenting apabila mendengar kes kematian tersebut. tidak kiralah, samada di bunuh atau membunuh diri. Jangan kata orang Islam tak bunuh diri. Apabila manusia tidak tenang yang paling hampir dengan mereka adalah syaitan. Ini telah dinyatakan banyak dalam ayat ayat Allah. Bukankah orang Islam sendiri kena percaya adanya hasutan syaitan?

Begitulah liciknya Insider dan akbar pro pembangkang mengambil sedikit demi sedikit hati rakyat supaya membenci kerajaan. Peluang yang terbaik dengan mengambil sikap keluarga yang tidak berpuashati dengan sesuatu keadaan dan di manupulasi supaya menjadi kebencian kepada kerajaan. Mereka yang saperti ini terutama keluarga mereka yang terlibat dengan jenayah. Sudah tentu keluarga menjadi terkilan dengan sesuatu keadaan tetapi Insider telah menjadikannya supaya rakyat membenci kerajaan pula.

Kepada keluarga allahyarham, rakyat Malaysia telah mensedekahkan fatiha untuk allahyarham. Tidak kira penyokong atau pembangkang kerajaan. Kematian rakyat biasa belum tentu dapat macam itu. Kerajaan telah berusaha menyiasat kejadian tersebut. Sementara menunggu hasil siasatan, redha dengan takdir Allah. Allah Maha Besar dan Allah Maha Adil. Jika tuan tuan dan puan puan ahli keluarga membuat persepsi, ini bermakna tuan tuan dan puan puan membenarkan persepsi tersebut di bahas oleh orang awam. Tuan puan kena terima persepsi yang pelbagai. Bukankah baik tuan puan mendoakan supaya allahyarham di cucuri rahmat dan mendapat keampunanNya. Bersyukurlah kepada nikmat yang telah Allah limpahkan selama ini. Apakah persepsi di bawah ini menguntungkan  keluarga anda? Benar ada pegawai yang membunuh abang anda?

“We have been stressed enough, how can they say that? I want the officer who killed my abang to be prosecuted. Who called him (to go to MACC)? The person who did it must take responsibility and admit it, let the court decide later,” he told The Malaysian Insider when contacted yesterday."


Baca lagi kecelaruan fikiran adik allahyarham di sini 

Tuesday, April 12, 2011

Kehangatannya menyerlah jutaan warna.

Biar pun video ini dalam hitam putih. Kehangatannya menyerlah jutaan warna. Kata kata keramat, "Saya akan lawan walaupun saya tinggal seorang", buat air mata UMA menitis. Kata kata yang mula di lupai anak muda melayu masa kini.

Alhamdulillah, masih ada lagi sekumit perasaan dari anak bangsaku. Hayati hujah mereka;



Terima kasih minyakorg10

Monday, April 11, 2011

kenapa Ujang Ranggi jelous sangat?

Pedulilah  nuar nak pakai jam mahal. Kenapa Ujang Ranggi jelous sangat. Tapi jam tu bukan dia beli, jam percuma aje. Ingat kalau hilang pun tak rugi apa apa. Cuma masalahnya, kehilangan jam itu membuat satu negara menjadi gempar. Jam itu ada nilai sejarah. Pemberian Raja yang menjaga 2 kota suci. Mengenang jasa kepada pemimpin yang memertabatkan agama dan orang orang Islam keseluruhannya. Tiba tiba hilang? Hilangnya pula di tempat yang paling hina. Tapi sekarang dah ada balik. Kak wan yang simpan. Buat  apa nak tunjuk. Barang tu dah jadi kepunyaan dia. Nak tunjuk boleh, tak tunjuk pun boleh. Nuar kata dia takde masalah nak tunjuk kalau polis minta.

Rasanya polis tak perlu nak minta jam yang ada pada nuar. Jam pemberian dari Eskay telah memadai di ketahui siapa tuan punya jam tersebut. Tak gitu Ujang?

Cerita seterusnya dari Ujang Ranggi

Fatwa Nik Aziz tak sampai ke Sarawak?

Yang mengundi  BN jahiliah kata Nik Aziz. Kata Nizar pula wajib syarie mengundi PAS dan haram syarie mengundi BN. Macam mana fatwa kedua dua ulamak tersohor ni boleh tak sampai ke Sarawak. Jahiliah betul ke orang Sarawak ni?  Kata wakil penduduk yang menolak ceramah pas di sebuah kampung di Miri, Sarawak itu berkata tujuan penolakkan kempen PAS itu di sana kerana dia tidak mahu politik yang memecah belah.

"Umur saya dah 50 lebih. Hampir sama dengan Sarawak yang kita pijak. Jadi saya tau apa yang berlaku. Jadi, bukan saya tidak suka orang Melayu tolong orang Melayu. Cara dah tak kena. Kita telah melanggar adat budaya kita sendiri langgar adat susila bangsa kita."




Baca seterusnya di AIDC

Tak perlu pakai payun terjun!!!

He, he, he, ada blogger minta supaya mereka yang di siasat oleh SPRM d bekalkan payung terjun atau gunakan bilek penyiasatan bawah tanah. UMA juga ada cadangankan supaya tidak mengunakan tingkat tinggi dan ada pengawal yang mengawal bilek siasatan. klik sini.

Teguran kami sekadar sayang kepada SPRM dari terus di hina oleh pihak pembangkang. Dari itu arahan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar adalah amat wajar, 

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.
Datuk Zakaria Jaafar  juga berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.
"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di Putrajaya Sabtu.
Semoga tiada lagi kes ke tiga. Apa apapun UMA nak ingatkan Datuk, takde ke talian hotline keluar dari SPRM membocorkan siapa yang ada di dalam bilek siasatan? Macam ada yang menjergah mereka yang sedang di siasat aje?

Sumber: Agenda Daily
Semua urusan penting SPRM kini di tingkat bawah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.
"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di Putrajaya Sabtu.
Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi.
"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa.
"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.-8/4/2011

Coretan yang indah dari YB Zul.

Membaca tulisan Yb Zul, teringat UMA tentang terjemahan surah Al Rahman dari ayat 13 hinggalah ke akhir surah dimana Allah telah selang seli peringatan dan amaran dengan ayat yang bermaksud " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bacalah coretan YB Zul saperti yang di tulis dalam blog beliau sila klik di sini

Sunday, April 10, 2011

Melanggan Pelacur Bukan Satu Kesalahan Menurut Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin perkara ini memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa melanggan pelacur tidak melanggar undang undang persekutuan, itulah yang di tegaskan oleh sebahagian peguam yang menyerang balik DS Nazri kerana mencadangkan bagi di wujudkan suruhanjaya video lucah nuar. Peguam peguam tersebut menentang keras penubuhan suruhanjaya di raja. Perkara ini di sokong oleh Presiden  Bar Council, Lim Chee Wee.

Menurut Lim, kalau ia merupakan satu kesalahan hendaklah di siasat. "Melanggan pelacuran tidak menyalahi undang undang. Pelacuran adalah menyalahi undang-undang di Malaysia jika anda menyertai, atau anda membantu dan bersubahat dalam pelacuran. Jika anda merendahkan pelacur untuk seks, ini adalah satu kesalahan

Lim mengaskan bahawa peruntukan undang undang jelas yang berkaitan dengan pelacuran. Dia merujuk kepada  section 372A of the Penal Code dimana memperuntukan tindakkan ke atas mereka yang melacur atau yang memperdagankan pelacuran.

Mereka yang bersalah mendapat keuntungan dari pelacuran ke atas orang lain hendaklah di hukum penjara tidak melebihi 15 tahun atau di denda. Walau bagaimana pun Lim menyatakan di bawah Commissions Enquiry Act 1950, Yang di-Pertuan Agong boleh atas budi bicara menubuhkan suruhanjaya jika ianya penting keatas kepentingan awam.

UMA: Kepada mereka yang gemar melanggan pelacur, anda tidak melakukan kesalahan di bawah undang undang negara, he....he......Yang salah amoi bukan nuar. Patut Selangor banyak pusat pelacuran..........

Negara bakal menerima bala kalau pendapat ini di pertahankan. Undang undang Malaysia lebih tinggi tahapnya mempertahankan kesalahan moral jika di bandingkan dengan negara Amerika sendiri. Beberapa pemimpin Amerika pernah gulung tikar akibat kesalahan moral mereka. Hidup Bar Council dan peguam peguam nuar...........

Bacalah sendiri. Bahasa Inggeris UMA pun bukan baik sangat. Kot salah faham.


Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!