Halaman

Wednesday, June 29, 2011

Romeo Castillo & Min Yong Song rupanya batu api?

UMA tabik hormat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akhirnya bertindak tepat dengan menyerahkan mandat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan apa sahaja yang sepatutnya terhadap mana-mana pihak termasuk penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) demi menjaga keselamatan negara.

"PDRM sentiasa memantua gerak geri Bersih dan PSM dan memberi nasihat (bukannya AMARAN), tidak memandang ringan terhadap pemantauan dan pengumpulan maklumat yang dilakukan PDRM", kata Datuk Seri Hishammudin kepada Utusan.

Bersih melalui PSM juga didakwa mendapatkan bantuan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan. 

Tindakan kotor pihak terbabit terbukti apabila sekumpulan 28 ahli PSM serta seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo, 59, dan warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

UMA takbik lu lah Datuk Seri. Rupanya lu buat kerja perlahan lahan nak kumpul maklumat. Tapi buat kerja last minute pun akan timbulkan banyak masalah. Dunia melalui nuar akan pandang serong. Apa apa pun kita bakar aje.... Majoriti rakyat di belakang tuan.

Tuesday, June 28, 2011

Yahoo...Dia nak sembahyang lagi!!!!

Malam besok, Solat Hajat dan pidato khas bakal diadakan lagi 29 Jun (Rabu) bermula 7.30 malam di Stadium Malawati, dekat sini. Hj Hadi uzur lalu pidato di ambil alih oleh Mat Sabunormah.  Nasrudin Hassan Tantawi dan  Dr Abd Rani juga turut serta. Di jangka 40 ribu hingga 50 ribu akan hadir. Eee macam mana buat anggaran sampai beza 10 ribu?  Ramai tu!

He..he... Parti pembangkang ni mesti orang bawah lebih kuat dari orang atas. Mursidur lebih kuat dari Presiden. Sekarang Timbalan pula mengemudi. Lingkup. Ada parti sekadar penasihat umum buat keputusan bagi pehak parti. melalut betul.

Saperti dulu juga, UMA cadangkan supaya orang UMNO turut serta. Kena banyak berdoa beb. Jadikan himpunan solat hajat itu sampai 100 ribu. berkat doa tu beb. Lepas solat tu nanti bolehlah berhibur dengan pelawak handalan. Kalah maharaja lawak di buatnya. Tapi ingat, jangan lupa bawa video cam. Rakam beb, jangan tak rakam.

Bukan pasal si nuar pasal the scene tu!

Ambik kau nuar. Jam omega yang hilang Johari SD dah tenggok. Tu yang kau suruh pengikut engkau mengamok kat jalanraya nanti? Lingkuplah engkau.

Tak Boleh Tahan!! Terbakar!!!

Syabas kepada Pemuda UMNO yang berani menunjokkan sikap mereka di hadapan pejabat pkr di Tropicana. Walaupun dah sikit lambat tetapi lebih baik dari bersikap dayus. Ambabiga dah buat beberapa siri ceramah dan seminar beberapa kali. Kau dah buktikan bahawa pembangkang hanya gah dalam bercakap tetapi sebenarnya takut dalam perlaksanaan. Di depan pejabat UTUSAN Melayu telah kau buktikan dulu.

Jika kau biarkan mereka bermaharajalela, kau akan buktikan kepada rakyat dan khasnya anak anak muda bahawa memang benar kerajaan sekarang ini lemah. Kau telah menyanggah pendapat itu. Ayuh anak muda. Kau perlu berada di barisan hadapan bagi menutup kedayusan segelintir pemimpin negara.

UMA sampingkan tangkal untuk kamu semua. Walaupun tangkal itu datang dari seberang.

"Berikan daku seratus malah seribu orang tua. Nescaya akan aku amankan dunia ini. Tetapi berikan daku sepuluh malah satu anak muda berjiwa waja. Nescaya akan aku gegar dunia ini" -Sukarno.

Kau bukan satu, kau bukan sepuluh. Kau bukan bacul dan pengecut. Kau tak gentar dengan amaran dan ugutan. Darah yang mengalir dalam tubuh mu adalah darah untuk bangsa dan agama. Persetankan MCA. Persetan MIC. Sejak lama mereka menganggap bahawa negara ini bukan tempat tanah tumpah darah mereka. Engkau tidak ada pilihan. Di sini tanah datuk moyang mu. Di sini cucu cucu engkau akan di abadikan. Engkau perlu menghadapinya.

Sunday, June 26, 2011

Kempen Bershit.

Sepanjang rakan rakan blogger lain berkempen menolak Bershit, UMA langsung tidak melibatkan diri dalam kempen tersebut. UMA hanya membaca ulasan rakan rakan sahaja. Walau bagaimanapun UMA letakkan banner ayat Datuk Seri Suhami; "Bersih 2.0 adalah Kumpulan Konspirasi Terancang".

Bagi UMA, nak kempen apa? Bershit tak sepatutnya terjadi. Jika masih juga terjadi, bermakna orang yang berkuasa bertanggungjawab dalam hal keselamatan negara tak buat kerja. Kalau Bershit tu dah takde, apa yang nak di kempenkan lagi? klik sini

Bagi UMA, dari berkempen anti Bershit lebih baik kempen lawan orang yang berkuasa keatas keselamatan negara. Kalau dia dah buat tindakkan, barulah kita sokong dari belakang. Ini tidak, asyik bersembunyi di belakang rakyat. Samada bacul atau dunggu tak tahu guna kuasa. Pembangkang, semuanya guna ilmu undang undang mereka melawan kerajaan. Thien sanggup turun tengah malam membantu penyokong PR yang di tahan polis.Mereka yakin dengan ilmu mereka. Bekas pengamal undang undang apa si Kudin kalau gitu? Lebih baik jadi Mahfuz. Tak tahu tunjuk buat buat tahu.

KJ sama taraf dengan Pemimpin Pembangkang?

Malas betul nak sentuh pasal manusia sekor ni. Dah macam macam usaha promosi di buat. Test market sudah, modelling pun dah. Pakat pakat panggil kroni desak PM lantik jadi menteri. Baru jadi wataniah dah bercita cita nak tempur dengan Israel. Amerika terjunkan peluru berantai ke Irak. takkan si KJ nak terjun dengan payungnya di Palestine?

Lepas ancaman bunuh nuar melalui brek kereta, si Nurul pulak dapat ancaman keselamatan anak melalui sms. Ambiga baru aje dapat ugutan bunuh. Kini, menyusul pulak si KJ. Dah macam pemimpin pembangkang. Kecut juga telor dia. Dah ada modal supaya tak turun berdemo nanti.

Dalam gitu, cakap besar juga lagi. Segaja mengapi apikan pembangkang yang menunjukkan kerajaan bertindak pilih kasih. "Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya", kata KJ kepada Bernama. Seolah olah dia akan dapat keistimewaan di ketepikan dari tindakkan. Memang duri dalam daging dia ni.

Utusan Malaysia Berlagak jadi pembangkang?

Selepas dibantai kiri dan kanan, di haramkan di negeri pemerintahan pembangkang kini Utusan melanggar sumpah dari menjadi akbar sorak kerajaan. Tegak tegak melalui editornya, Utusan menemplak kerajaan melakukan lawak bodoh dan melahirkan perasaan bosannya terhadap tindakkan tindakkan kerajaan mengawal keharmonian negara dari dicemari oleh petualang petualang negara. Utusan meramalkan satu pertempuran lebih besar di kalangan orang Melayu di bandingkan dengan pertempuran di Bangkok. Ini bukan cakap UMA, anda boleh baca sendiri di sini.

Kenapa Utusan berani melanggar sumpah? Tidak lain dan tidak bukan kerana orang berkuasa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan itu telah mati hatinya. Jika berlakulah sesuatu yang tidak di ingini kepada bangsa Melayu semasa peristiwa itu berlangsung, orang yang berkuasa itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Rakyat benci ada pendekar Melayu yang bacul. Kau adalah anugerah Allah diantara yang terpilih untuk menghancurkan negera.

Friday, June 24, 2011

Bila gol keeper naik keatas serang gawang lawan.

Adakah ini teknik terbaik dalam kerja berpasokan apabila gol keeper sendiri naik menyerang ke gawang lawan? Samada gol keeper bodoh atau pasukan hampas.

Ini berlaku dalam politik UMNO. Sepatutnya kerja berpasokan masing masing menjalankan peranan masing masing. Apabila peranan itu di ambil orang lain lalu orang yang patut menjalankan peranan tersebut akan buat kerja yang tidak menentu. Gian nak sepak juga akhirnya sepak masuk gawang sendiri.

Dalam UMNO, PM pergi turun padang? Mana striker? Mana wing? Bahagian back adalah sikit sikit buat kerja. Dalam berjalan, kita jangan lihat kaki yang melangkah. Mata hendaklah di hala jauh kedepan. Kalau hanya asyik tengok langkah kaki, akibat terlanggar tiang, lobang dan akhirnya masuk longkang.

Oleh sebab tidak menjalankan peranan masing masing, PM kena turun sendiri ke padang. PM berlagak macam ketua pembangkang. PM berfacebook, berjumpa anak anak muda dan menjawab sendiri semua fitnah fitnah yang di lemparkan kepada beliau. PM sendiri menjelajah negara.Mana menteri penerangan? Mana ketua pemuda? Mana ketua wanita? Mana ketua puteri? Mana pergi perhubungan negeri? Sebuk nak jadi calun ke? PM tak perlu buat kerja PM?????

Apakah YB Zulkifli Nordin dan Ummi Hafildah lebih UMNO dari UMNO? Suara mereka lebih lantang dari suara pemimpin UMNO? Apakah YB Ibrahim Ali lebih Melayu dari Melayu UMNO?

PM sepatutnya membuat strateji. Strateji tersebut sepatutnya di jalankan peranan dibahagian masing masing. Samada PM kemaruk kuasa atau semua menteri menteri mereka hampas. Apakah PM terlupa "Sikap tidak apa" PM pertama telah menimbulkan bencana? Rakyat dah cukup resah. Seolah olah kekuatan pembangkang tidak di imbang dengan kekuatan pemerintah. Rakyat masih sayangkan UMNO. Kebosanan ini akan mereka terjemahkan dalam peti undi kelak. Tak mahu belajar dari kelemahan PM kelima? Ingat, PRU12 rakyat tolak kerana pemimpin tidak membela UMNO.

Nak harapkan parti gambungan, mereka telah keluar dari sebagai pemain. Mereka dah duduk di tepi padang sebagai tukang sorak. Sorak tempik untuk lawan jauh lebih gempita dari sorak untuk pasukan sendiri.

Tun M, UMA rindukan kepimpinan Tun. Walaupun nampak Tun kawal semua perkara, mereka semua buat kerja, Tun. Pada masa itu steering pemanduan tetap di tangan Tun. Hari ini kelihatan semuanya lemah belaka. Rakyat dah penat Tun! Rakyat nak lihat ada tindakkan berpehak kepada mereka. Tun, marilah kita doakan kepada mereka yang baik baik aje. UMA akur, perajurit yang baik adalah kerana dipimpin oleh kapten yang terbaik.

Pembohong, haramjadah. Akbar penghancur keamanan negara.

YB Zul,

UMA menyokong saranan Yb. klik sini.

Thursday, June 23, 2011

Cuma ada 2 pilihan

UMA tak kesah jika semua orang marah pada UMA. UMA dah bosan. Cuma hati ini sahaja yang masih sayangkan Melayu dan menghargai pemerintahan kerajaan BN. Sebagai rakyat yang menyokong kerajaan, UMA terkilan.

UMA tenggok, banyak sangat musuh dalam selimut. Mana terpaksa nak berperang dengan musuh yang nyata di hadapan manakala musuh dalam selimut menikam dari belakang.

Dalam ATM ada petualang yang sebagaimana di dedahkan RPK tentang akuan bersumpahnya berkaitan Altantuya. Dalam PDRM duri dalam daging sebagaimana di dedahkan oleh GAP berhubung kontraktor yang menyediakan perisian sulit Polis di bukit aman. Disini dan sini.

Dalam politik ada KJ yang menjadi beruk menyokong arus pemikiran parti pembangkang. Saifudin pula sebagai trojan horse. Ada menteri yang pegang lesen datok dan ayah bercita cita nak jadi PM tapi kecut telur. Nak masuk PKR mesti tercicir dalam barisan terkebelakang. Dalam UMNO dah hampir nak sampai. Puteri negeri dah lupa adat dan lupa agama?

Dalam ekonomi UDA dah tak Melayu. Otak dah tak kreatif merancana dan mencari idea macam mana nak menjana ekonomi Melayu. Ambil shortcut. Ikut aje amalan konvensional janji hidup walau membelakangkan sumpah ketika mewujudkannya.

UMNO ada 2 pilihan. Bersihkan yang kotor dan susun kembali. Yang kotor ni bukan ramai sangat. Tapi cukup untuk membinasakan yang ramai. Bukan UMA aje yang cakap. Rakyat ramai yang cakap. Parti pembangkang apatah lagi. Apa kena takut bebenar untuk bertindak?

Atau, biarkan UMNO dan BN kalah melungkup pada PR akan datang. Otomatik mereka yang kotor ini akan melompat parti. Jadi, tidaklah kita di anggap jahat kerana tidak melakukan kekasaran kepada sahabat sahabat kita sendiri. Walaupun kita terpaksa menzalimi rakyat terbanyak. Kemudian kita susun semula parti. Semacam pilihan kedua ini menjadi pilihan UMNO buat masa ini.

Jika semua agen pembangkang telah di susun rapi dalam Jabatan kerajaan, ekonomi, politik, agama, sastera dan angkatan keselamatan, mampu ke BN bertahan buat PR kali ini?

UMA doakan yang baik baik aje!!!!


Tuesday, June 21, 2011

Buaya Makan Rumput

Khairy Jamaluddin said today the Malay community must face the reality that it cannot be dependent on monetary handouts, stressing that the current Bumiputera economic agenda was no longer viable.
hello ! Abang Khairy, you sure not ? No monetary hand out...hoo hoo hoooo...buaya makan rumput...."
Salah seorang responder kepada kenyataan Khairy yang beritanya di terbitkan oleh  Insider. Khairy seolah olah telah hilang keyakinan kepada Bumiputera. Sia sia segala usaha Ayahanda Tun Dr Mahathir bagi memertabatkan Bangsa Melayu melalui kemampuannya bangsa Melayu. Jelas Khairy memang tidak layak sebagai pemimpin Melayu. Beliau bakal mengikis sedikit demi sedikit mertabat Melayu di dunia ini. Dan jelas, Khairy bukan seorang yang bijaksana merencanakan kaedah yang terbaik melalui peluang yang ada. Bangsa bukan lagi keutamaan beliau. Kenyataan beliau bagaikan sembilu menyusuk dihati.

"Diam2mari" menganggap beliau sebagai "buaya binatang pemangsa dan bodoh saperti lembu".

Khairy ni setaraf dengan Mahfoz. Asal bukak aje mulut boleh riuh rendah seluruh negara dengan gelak ketawa. Itu, projek Pemuda ke Khairy?

Monday, June 13, 2011

Aku anak Wak.

Tak tahu kenapa aku di minta panggil Wak. Orang lain panggil ayah, bak, bapak tapi aku adik beradik memanggil Wak. Mungkin keluarga kita berasal dari Semerah, Batu Pahat. Di sana juga orang panggil wak ganti nama bapa.

Kenangan silam mengamit rasa. Bagaimana kau di hormati. Ada yang datang kerana suami isteri bergaduh. Ada yang datang untuk minta mengasuh kerana anak hendak khatam Quran ketika hari perkahwinannya. Ada yang mengadu isteri tak beri layanan seks, ada yang minta buat serbuan tangkapan maksiat. Kedai jual mahal pun mengadu pada wak selain meminta membacakan yasin untuk orang yang telah nazak.Wak sebagai pakar pelbagai bidang. Apa taknya orang nak bersalin dan tukar syarat tanah pun minta bantuan Wak. Kau bukan ketua kampong apatah lagi wakil rakyat. Hanya seorang guru agama dan imam kampung. Anak murid mengaji Quran mu dari hujung laut hingga hujung darat. Anjung, dalam dan dapur dipenuhi dengan budak budak mengaji dan bermain.

Masih lagi tergiang semasa Wak hendak kahwinkan abang Hussien. Lagi 2 bulan Md Noh dan rakan rakan menebang pokok getah, memotongnya dan membelah kayu untuk di jadikan kayu masak nasi minyak. Hampir sebulan Long Mah menjahit kain perca untuk di jadikan langgit langit sebagai ceiling rumah. Long endun hampir seminggu menjahit bantal kelkabu di jadikan alas kepala untuk tidur semasa kaum keluarga datang kelak.

Wak Sitar, jiran, meminta orang kampung menebang 2 batang pokok kelapanya untuk di jadikan tungku periuk dan alas lantai balai tetamu. Pak Ngah Dollah menebang 2 batang pinangnya untuk menongkat titi supaya kukuh menampun kedatangan tetamu. Makcik Kam membawa tabir dan kain batik lepas untuk menghias pelamin. Abang Deris mengendalikan masakkan untuk tetamu. Makcik Chenggah meminta orang mengambil pentas pelamin yang memang di arak seluruh kampung jika ada majlis perkahwinan sebagaimana beraraknya periuk belangga tembaga dan lesong kayu kita ke setiap rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Mat Jambul orang yang memunggut pasu bungga dan lampu pam dari rumah kerumah untuk hiasan pelamin dan meneranggi kawasan rumah semasa majlis berlangsung.

Anih, tidak ada jawatankuasa dan mesyuarat khas diwujudkan. Mereka datang sendiri apabila masa yang sesuai untuk mereka bertindak. Mereka datang membawa kemahiran masing masing. Mereka sama sama datang untuk berkongsi kemeriahan majlis. Mereka mahu jadikan majlis itu sebahagian dari majlis mereka. Hari ini bagaimana akan dapat aku membalas budi mereka kepada mu. Apabila aku balik kampung mereka semua telah pergi bersama dengan mu.

lebih 20 tahun aku meninggalkan kemeriahan bermasyarakat. Pagi aku pergi dan malam aku balik. Wak, walaupun aku tidak bersama masyarakat setempat tapi aku ada 3,000 orang Melayu Islam yang perlu aku bantu dalam tempat kerja. Malahan ia berlaku setiap hari. Tidak sekadar jika ada temasya saperti itu sahaja. Jumlahnya jauh lebih besar berbading 360 keluarga di kampung. Wak, banyak kata kata khidmat nasihat yang kau curahkan kepada mereka yang menemui mu yang aku terdengar dahulu aku gunakan dalam aku berhadapan dengan pekerja pekerja. Hebat, ramai di antara mereka yang terdiam. Jelas Wak, kau adalah consultant yang baik.

Sehingga ada pekerja yang membisikan ketelinga ku, Boss, ramai orang komplain Boss tak campur masyarakat? Lalu aku jawab, insyalah saya akan bersama sama mereka. Saya dah biasa bermasyarakat. Cuma saya ada komitmen menjaga maruah Orang Melayu di kacamata orang orang asing. Sekarang pun saya sentiasa menghulurkan bantuan dalam setiap aktiviti mereka. setidak tidaknya saya menghantar wakil syarikat mendengar masalah dan membantu aktiviti mereka.

Wak, aku kembali kepada mereka. Mudah mudahan aku dapat membalas semula jasa masyarakat yang menghurmati mu dahulu melalui masyarakat di tempat aku pula. Bagaimana mereka mengasihi mu aku akan mengasihi mereka. Bagaimana kau membantu mereka, aku akan membantu mereka juga. Aku ingat masa kau sakit. Sardon kena marah dengan ibu bapa mereka kerana tidak balik menziarahi mu. Sardon balik dari Perak tergesa gesa kerana melawat mu. Ah, cuma demam selsema. Kak Gandur selalu sebut setiap hari raya, "Dulu akulah yang cebukkan berak engkau, mandikan engkau dan pakaikan kau baju". Wak, macam mana aku nak balas semua ini? Mereka menjadikan engkau sebagai ibu bapa mereka!

Tapi rupanya Wak, keadaan masyarakat dah tak sama. Dulu hanya kau satu satunya pemimpin. Kini semua orang dah jadi pemimpin. Tidak kira kau imam atau kau penyedia kemudahan, semuanya sama taraf. Jadinya, semua orang tidak perlu di layan sebagai pemimpin yang satu. Kalau kau ada kelebihan satu bidang, kau perlu menghurmati pula bidang orang lain. Jika engkau enggan menghurmatinya, engkau akan tersisih.

Wak, aku anak Wak. Aku juga di antara pemimpin di kalangan mereka. Apakah aku mampu membalas jasa orang yang telah berjasa kepada mu?

Sunday, June 12, 2011

Ceramah Nurul Tentang Saksi.

Lantak kaulah Nurul. Apa lagi yang boleh kau buat. Kau nak sebat UMA dengan 80 sebatan, sebatlah.

UMA fikir, Nurul dan keluarga tidak ada pilihan lain. Nurul tetap kena buat bapak menjadi PM. Itu adalah sumpahan syaitan yang telah di buat. Terperangkap dalam imbuhan yang di salurkan selama ini. Ingat Nurul, Yusuf Qardawi bukan mufti Malaysia. Dia sama dengan pok nik yang telah terkeliru.

Alangkah baik jika nuar jadi PM Mesir.

Selama ini UMA ragu tentang benar benarkah Yusuf Qardawi menyokong nuar dalam tuduhan tuduhan terhadap seks songsang nuar. Yb Zul Kulim juga seolah olah sangsi terhadap fatwa yang di keluarkan oleh Yusuf Qardawi seolah olah nuar menyembunyikan fakta dan menyoal secara umum lalu di jawab oleh Yusuf Qardawi secara umum juga.

Kini jelas, Yusuf Qardawi memang membela nuar. Saperti Pok Nik, Yusuf juga meletakkan yang menceritakan tentang seks songsang nuar amat berdosa melalui surah Al-Nur, ayat 15. Ayat ini di tujukan kepada sesiapa antara kita yang bertanya sesuatu yang dusta dan menyampaikan yang dusta. Berdustakah 4 penjuru CCTV tu?

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ (١٥)

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. "

 Yusuf Qardawi juga menganggap nuar sebagai orang yang baik akhlak dan pendakwah. Pengamal puralisma ke Yusuf ni? Baik ke akhlak meliwat?  Penterjemah telah menghilangkan sebaris ayat dalam terjemahan tersebut dan membuat tekanan dalam sebahagian ayat yang lain. Dah macam ahli nasrani yang menyembunyi sebahagian ayat Allah untuk kepentingan mereka. Ustas mana dia nie?


Kata penterjemah yang menghilangkan sebaris ayat lagi; "Al Quran menegaskan lagi dalam surah An-Nur dalam ayat 15, Ketika Kamu menyambut fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu, kamu bebelkan sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil malahan disisi Allah perkara ini amat serious dan sesuatu yang amat besar dosanya".

"Buat yang berani berbuat demikian kecuali orang orang yang fasik . Dalam kesempatan ini saya menasihatkan anak anak saya agar kelian janganlah mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain lebih lebih lagi terhadap orang yang terkenal, baik, di hormati, berakhlak mulia dan lohor, gulungan dakwah dan berbudi perkerti yang tinggi di dunia Islam saperti saudara Anwar Ibrahim".

Kan baik kalau nuar jadi PM Mesir? Mufti pun dah sehaluan. Negara pun dah hancur. Mereka tentu boleh membena negara baru mengikut acuan mereka sendiri.

Friday, June 10, 2011

Khutbah Jumaat negeri Selangor

Bagi mereka yang tinggal di luar negeri Selangor, UMA lampirkan khutbah Jumaat seluruh negeri Selangor yang di baca oleh khatib pada hari ini berhubung fitnah yang boleh menimbulkan Qazaf

Bagi khutbah kedua semuga Allah perkenankan doa yang di aminkan oleh rakyat selangor hendaknya.

Monday, June 6, 2011

Anak anjing gambit punca UMNO di fitnah.

Pael macam anak anjing ni lah yang membuatkan UMNO yang terpaksa menerima fitnah. Modern sangat ke hingga perlu meninggalkan adat apatah lagi tegahan agama? Nak kata bagus sangat mutu suara dan susunan musik, taklah juga. Mencari populariti melalui seksi yang kononnya berani?

Patutnya bersyukur kerana di tegur sebaliknya memaki hamun. Memang memiliki pekerti yang rendah. Hancuslah engkau. jangan harap boleh boom. Inilah akibat kurangnya didikan agama.





Dalam itu teguran bob lokman ada juga kebenaran. Anak anjing saperti inilah yang menyebabkan nama UMNO terpalit. Klik sini (Mahaguru58)



Sumber: Tinggalkan 1 Peluru ; Papagomo

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!