Halaman

Sunday, September 25, 2011

Sultan bimbang jika pelajaran sejarah hanya setaraf mat sabu.

Nampaknya hal sejarah ini juga menarik perhatian Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah. Baginda berpendapat pengajian sejarah bukan sahaja wajib dipelajari di peringkat sekolah, malah perlu diteruskan ke peringkat pengajian tinggi kerana ia penting dalam kehidupan negara bangsa

Baginda bertitah sejarah adalah "buku kehidupan" yang mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting untuk dijadikan panduan ke arah perkembangan negara bangsa.
"Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus menawarkan kursus bersifat holistik dan bersepadu dengan memberi fokus kepada komunikasi, keusahawanan dan pembinaan sahsiah bagi membantu membina keterampilan pelajar sejajar dengan dunia global.
"Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus persejarahan, falsafah atau pengajian perbandingan agama," titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), di sini hari ini.

Baginda bertitah sejarah perlu dipelajari serta diambil iktibar terutama oleh generasi baru agar golongan itu lebih menghargai erti merdeka, kedaulatan bangsa dan negera dengan lebih bijaksana.

Sultan Abdul Halim bertitah sejarah negara bangsa perlu diketahui, difahami dan diserap oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan sahaja sekadar mempelajarinya malah apa yang berlaku perlu dijadikan pedoman.

"Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula untuk perkembangan masa depan, membina semula kedudukan dan kekuatan bangsa kerana sejarah berkait dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara," titah baginda.
Baginda turut mengingatkan graduan Polimas supaya menggunakan ilmu serta kepakaran masing-masing dengan sebaiknya dan cara yang betul serta mencurahkan apa yang ada demi bangsa dan negara.

Seterusnya

DAP lebih Patriotik. Habislah Pas. Habislah PKR

DAP telah mula menunjokkan cinta negara. Sebelum DAP mengambil tindakkan kepada si mohan mereka telah menyatakan mereka ada sifat patriotik dan cinta negara. DAP mengajar mohan meminta maaf sekali gus mengarahkan mohan mengeluarkan kenyataan twitternya berkenaan menukar bendera negara. Kini DAP mengambil tindakkan displin kepada mohan dengan mengantungnya selama 6 bulan.

Habislah Pas, Habislah PKR. Kamu memang kena main dengan DAP. DAP telah mengasuh kamu melawan apa sahaja di depan kamu. Tak kira Raja, perlembagaan, agama, polis tentera, budaya dan sejarah dan segala usaha baik kerajaan. Kamu dijadikan manusia ultra yang sanggup melakukan apa sahaja. Tiba tiba DAP jadi baik. Mat Sabu salah, mat sabu kena sapu. Nik aziz salah, nik aziz kena balik. Nuar pun kena sekali. Dah baik betul DAP sekarang.DAP ada sifat sifat yang lebih murni dari 2 parti melayu tu. Salah minta maaf. Mat Sabu, jangan harap. Perkasa hantar memo pada pun dia jadikan gaduh. Dia hantar memo kepada Agong boleh pulak?

Sekarang DAP mula masuk track meninggalkan 2 dajal rakan mereka. DAP mula nak menunjokkan dia boss yang mengawal 2 melaun yang kedua duanya telah hilang punca. Dalam masa sama menunjokkan kepada orang Melayu bahawa DAP lebih bertanggongjawab dari 2 parti malaon itu.


"Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi".

"Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi. Apabila anda pimpinan atasan, pandangan anda akan ditafsirkan sebagai kenyataan rasmi parti,". Itu di antara kata kata Karpal kepada nuar.

Sebut nama Karpal rasa menyirap darah. Walau bagaimanapun pun UMA tabik spring di atas konsisten beliau dalam setiap pegangan. Sebab itu beliau di hormati oleh pengikut pengikutnya.

Dulu nuar mendabik dada kononnya beliau adalah ketua atau kata pemutus dalam perkara perkara berkaitan PR. Porah.... Sekarang jelas, nuar tak lebih dari mesin Karpal untuk mempengaruhi PAS dan orang Melayu PR dalam tindak tanduk ideologi DAP. Nuar boleh lah maki DS Najib dan pemimpin BN yang lain. Terutama dalam keadaan hari ini di mana leher nuar dalam cekaman Karpal berani ke nuar menjawab? Maruah dan krediabliti nuar sebenarnya telah mati. Nik ajis tu lainlah. Dia dah tua. Mana dia boleh ingat bahawa parti PAS itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan. Nik ajis patut duduk diam dalam bilek berkhalwat sambil berzikir kepada Allah. Semakin panjang umur sebenarnya semakin pendik tinggal nikmat Allah. Dari itu Karpal tak mahu dengar cakap nik ajis. Dia nak dengar cakap Hadi. Cakap sikit Di.....

Seterusnya...

Saturday, September 24, 2011

Siapa penipu? - Mokhzani65

Pening kepala apabila membaca ulasan dari mereka yang tak faham. Mereka cuba bandingkan elektronik dengan keadaan realiti kehidupan. Electronic adalah satu teknoloji. Ia tidak boleh di nilai secara real. Umpamanya apabila kita bercakap, kita akan mengeluarkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan mengetarkan diaphram dalam microphone yang mengandungi solenoid coil yang terdapat magnet di dalam gelungnya. Getaran solenoid kepada magnet itu menghasilkan gelumbang AC elektrik lemah pada microphone dan di hantar pula keamplifer melalui coaxile cable.

Gelombang AC yang di hantar tadi menyebabkan DC base bias pada preamp transistor dalam sistem amplifier berubah tinggi dan rendah di sebabkan gelumbang AC akan mencampur dan menolak value bias pada base transistor itu. Perubahan value bias ini pula mempengaruhi internal resistance pada transistor tersebut menyebabkan voltage drop pada collectornya berdasarkan perubahan internal resistant pada transistor itu pula. Kesannya, berlaku AC wave yang lebih besar pada collector transistor di bandingkan dengan input di base tadi.

Gelombang itu kemudiannya di hantar pula kepada speaker yang hampir serupa dengan konsep microphone tadi cuma bezanya structure sizeya sahaja yang lebih besar. Kali ini gelombang AC yang di terima oleh speaker menyebabkan diaphram speaker bergetar memukul udara dan menghasilkan gelombang bunyi yang di hantar ke telingga kita.

Dasarnya seolah olah suara kita masuk ke microphone, suara itu kemudian di hantar ke amplifier dan amplifier pula menghantar suara itu ke speaker dan speaker pula mengeluarkan bunyi yang di dengar oleh telingga kita. Pada hakikatnya tidak begitu. Suara kita hanya sampai ke microphone sahaja selebihnya process berjalan secara elektronik sehingga telingga kita mentafsirkannya sebagai bunyi hasil dari getaran yang berlaku di speaker.

Begitu juga dengan paparan tv kita. Pada dasarnya screen tv colour hanya ada 3 diode Merah, biru dan hijau. Ratio kecerahan diode ini menyebabkan kita dapat melihat million colour pada gambar yang di tayangkan di screen tv. Realitinya, elektronik mengambil kesempatan dari sifat kejadian semula jadi manusia di manupulasi dan di persembahkan saperti real.

Apakah anda sedar apabila anda mendengar radio stereo, ketika speaker kanan berbunyi manakala speaker kiri sedang senyap? Kepantasan elektronik menukar saluran kiri dan kanan seolah olah kedua dua speaker tersebut berbunyi serentak. Teknoloji elektronik bukan sesuatu yang real.

"Kita bukan gila kuasa tetapi nak halang orang gila dari berkuasa".

Zulkifli Nordin menulis;

"Dan mike tak pelik Mat CD mahukan hudud? Mat CD sokong hudud? Orang yang dulu menyokong gila babi Tun Mahathir menentang hudud, hari ni jadi hero nak hudud? Orang yang menganut fahaman pluralisma tiba-tiba mahu hudud. Orang yang menghadapi pertuduhan meliwat stafnya sendiri tiba-tiba berkokok mahukan hudud? Orang yang enggan dan tak mau memberi keterangan dalam Mahkamah kerana meliwat stafnya Saiful tiba-tiba melalak mahukan hudud? Orang yang enggan bersumpah muhabalah menafikan videoklip yang didedahkan oleh kawannya sendiri tiba-tiba menyampuk mahukan hudud? Come on lah yop, waraskan aqal tu sikit! Ini semua sandiwara & gimik politiking oleh kaum yang dah terdesak aje."

"Pokok pangkalnya, gunakanlah aqal. Aqal tu dok dalam otak yop. Otak tu ALLAH bagi bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi untuk diguna buat berpikior! Pikior-pikior sikitlah yop. Janganlah mike jadi kaum PBB: Pekak, Bisu & Buta. Main ikut na'am aje apa yang pemimpin mike cakap. Pemimpin mike tu semua dah gila, jangan ikut gila macam dema. Sebab ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni yop."

KITA BUKAN GILA KUASA!!!
TETAPI KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!!!

Seterusnya

Friday, September 23, 2011

Biar Rakyat Jadi Saksi.

Panas, panas. Zahid Md Arif cabar pembangkang "siang dan malam" serta seumpama dengannya supaya gunakan segala kebebalan yang ada untuk mempertahankan kemungkaran yang ada pada anwar. Biar rakyat menjadi saksi.

Dengan sinis Zahid juga menyatakan; "Dah satu dunia tau ini memang SOP anwar (Standard Operating Procedure anwar ibrahim)dalam menjaga survival politik dia" , jika nuar menghadapi apa apa tuduhan dari rakyat dengan menuding jari kepada UMNO dan BN.

UMA berpendapat tak semua yang melakukan pendedahan dan penentangan kepada anwar adalah orang UMNO atau BN. Mereka adalah orang orang yang tak boleh menerima PR apatah lagi menerima anwar sebagai peneraju pemimpin negara.

Bila Bercakap mengikut musim

Nuar dengan nik aziz dah putar lagi. Mereka berdua dah mula mencari balik sokongan orang Melayu yang dah begitu terjejas menyokong mereka. Kenalah gunakan semula topeng muka Melayu, songkok melayu dan perjuangan Melayu dalam kata kata mereka. Kehangatan PAS menukar ideoloji dari parti Islam kepada parti kebajikan masih hangat terasa. Kira kira balik dah rasa macam rugi. Orang Cina bertambah untung, parti masing-masing bertambah mati. Dr Mansur di Penang, nuar dan nik aziz mula cakap pasal Melayu dan perjuangan Melayu. Perjuangan Melayu bermakna perjuangan Islam. Isu hudud di timbulkan semula. Nama Tun M sekali lagi jadi alasan sebagai punca penghalang melaksanakan Hudud. Karpal terus konsisten menentang.



Kali ini nampaknya nik aziz beria-ia sangat nak melaksanakan hudud walau di tentang oleh Karpal. nik aziz tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut. Kata-kata sinis di hambur kepada DAP;
“Berapa kali jumpa dah, DAP sudah keluar sekali masa Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu, saya kata tidak apa (keluar), saya kata bye-bye, tidak apa.
“Sekarang dia (DAP) masuk balik, kalau dia keluar balik, dia punya pasallah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.
Dah hilang ke rasa toleransi nik aziz kepada DAP?

Dalam komen SEMUT HITAM dalam blog beliau; 


Pelik jugak. Bukan ke diorang jugak yang gugurkan perjuangan Negara Islam tu dan gantikannya dengan Negara Kebajikan?

Bukan ke dalam Mukhtamar PAS yang lalu, Haji Hadi kata agenda Negara Islam ni tidak termaktub didalam Al - Qur'an dan ianya bukan satu tuntutan dalam Islam?

 

 Manakala Gelombang Wangsa Maju mengimbas semula kata kata pemimpin pas dan PR berkaitan memperjuangkan Islam dan hudud.
  1. Kita bersyukur dengan DAP sekarang kerana mereka telah berubah sikap dan sanggup bekerjasama asalkan tidak mendirikan negara Islam [Nik Aziz/Berita Harian-12 Mei, 1999]
  2. Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk tubuh negara Islam. Dia (DAP) boleh baca perlembagaan itu. [Nik Aziz/Utusan- 4 Ogos 2001]
  3. PAS sedia gugur Negara Islam, jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak Islam. Tapi jika menyusahkan tak apa. [Nik Aziz/Berita Harian-25 Jun, 1999]
  4. Masih belum boleh melaksanakan Hudud atas sebab faktor ikonomi.[Hadi/Jom Sertai Pas-27 Disember, 2008]
  5. Perlaksanaan Hudud dan Qisas bukan agenda utama parti [M Daud Iraqi/Utusan Malaysia-27 Disember, 2008]
  6. Kita tak pernah janji pun nak laksanakan Hudud [Nizar/Utusaan Malaysia-3 Jan, 2009]
  7. DAP akan tentang, langkah mayat saya dahulu [Karpal/Utusan Malaysia- 24 Dis, 2008]
  8. Hudud tiada dalam agenda Pakatan Rakyat [Nuar/Utusan Malaysia-5 Jan, 2009]

Di dalam Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Yang ke 12 pada 23 Jun 2008, Nizar bertanya; "Di manakah dalam mana mana yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam? Saya mintak pandangan dan saya mintak jawapan. Di manakah dalam transkrip Pas, dalam memorandum ke, dalam perlembagaan PAS sendiri ke, ada  menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam?"

Betul betul punye flip-flop agama.



Thursday, September 22, 2011

Polis Bakar Rumah Mat Sabu- Saiful

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka."

Petikan dari Utusan Melayu, penafian Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan berkata, polis bersifat profesional dalam menjalankan kerja mereka.

Tak faham dengan sikap pembangkang nie. Mereka menentang ISA kerana berpendapat tahanan hendaklah di bicarakan. Bila mat sabu kena tahan dan di bicarakan, salah juga. Tak percaya polis tapi buat laporan kepada polis. Tak percaya mahkamah tapi minta di bicarakan. Dah tu, anak lelaki mat sabu buat fitnah liar dengan mengatakan polis pulak (menghantar 2 orang budak) bakar rumah mat sabu pakai botol petrol. Macam tu punye canggih polis, itu cara nak bakar rumah mat sabu. Tak masuk dek akal. Kalau UMA, hantarkan "komando Melayu" atau pejuang hamas" aje dah settle, he....he....

Dia orang ni dah berakal ke belum? Macam cerita budak tadika aje?

Seterusnya

Wednesday, September 21, 2011

Dap juga kerap salah guna kuasa.

Pemimpin DAP Johor di siasatan diatas penyelewengan dana parti

KUALA LUMPUR (Bernama): Jawatankuasa disiplin DAP menyiasat seorang pemimpin bahagian Bakri di Johor ke atas penyelewengan yang dikatakan dana berjumlah RM45, 000.

Pengerusi Jawatankuasa Tan Kok Wai memberitahu Bernama bahawa dua cawangan DAP di negeri ini membuat laporan kepada jawatankuasa tersebut mengenai perkara itu dua minggu lalu.

"Kami (jawatankuasa tatatertib) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk mengkaji dakwaan tersebut. Mereka yang terlibat telah dimaklumkan untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu," katanya. Suatu pengataan timbul dalam beberapa minggu kebelakangan ini melalui e-mel bahawa seorang pemimpin DAP di Bakri telah menyalahgunakan dana pihak yang dikutip sepanjang empat tahun yang lalu.

Menurut dakwaan itu, pemimpin telah memindahkan dana ke dalam akaun syarikat dan menggunakan wang untuk membeli kenderaan pacuan empat roda yang tidak didaftarkan di atas nama parti. BERNAMA



seterusnya: The Star (Published: Saturday September 17, 2011 MYT 8:20:00 PM)

Dah tak ndak pulak?

PM umum Isa akan dimansuhkan. Apakah manfaat yg orang kampung dapat dari tindakan itu? Jangan kita jadi tukang tepok angin?
 
Ada ISA kau jadikan isu. Nak mansuh pun jadi isu? Orang kampung memang takde hal dengan ISA. Yang ada hal cuma orang orang politik dan berkepentingan. Kalau tanya UMA apa munafaat kepada orang kampung memang UMA kata tak berkaitan. Kalau tak penting, kenapa guling guling atas jalan? Memang dia aje yang betul.

Saturday, September 10, 2011

MSO dah penat bergaduh. Sedangkan dia yang saling menuang minyak.

UMA pelik, kenapa kali ini MSO tidak memihak kepada PR tetapi menjadi orang tengah yang minta kedua duanya di baham harimau? Apakah MSO telah nampak PR telah tidak boleh di percayai?

Seronok juga bila lihat MSO tiba tiba jadi berkecuali.

Seterusnya

Thursday, September 8, 2011

Kali ini UMA bersetuju dengan Khalid.

Mudah aje. Tak payah maki maki, tak payah mencarut-carut. Bercakap santai aje.

Kesian KJ terkapai kapai nak tunjuk hero saperti mat sabu. Tapi mat sabu dah bisu pun. Semua orang kena cakap bagi pehak dia.

Tuesday, September 6, 2011

Komunis dah serah diri. Jom tenggok balik isu murtad.

Dengan terbitnya kenyataan di bawah, Mat Sabu dah tak perlu nak berdebat dengan KJ. Tapi Mat, kau dah racun sebahagian pemimpin dan pengikut pas. Mereka dah termakan dengan fahaman komunis yang engkau sajikan. Siapa yang nak betulkan mereka pula? Dengan kenyataan di bawah, UMA anggap, komunis dah menyerah kalah.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pas hari ini membuat pengakuan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis serta menerima hakikat bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan negara.
Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara hari ini bahawa parti itu tidak menafikan bahawa UMNO memperjuangkan kemerdekaan.
Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara ”peaceful cooperation” (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.
"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan UMNO.
Pas juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis. "Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris,” katanya.
Mustafa berkata, kenyataan hari ini adalah pendirian rasmi Pas selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas, menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.
Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata, nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.
Mohamad berkata, polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor itu.
Sebelum ini, lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara, yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero. - Bernama

Berita selanjutnya.

Kata berasa dari TokAyah

Apa nak diherankan...daripada kepala sampai la ke ekornya..PAS ni mmg dihuni oleh golongan putar alam..putar fakta, putar cerita, putar ayat Al-Quran sesedap rasa, putar Hadis dan Fatwa ikut sesuka hati, inikan pulak sekatak Sejarah Negara... last2 sekali di putarnya kepala2 juak2 khawarij yang menyokongnya siang dan malam..itu pun x sedor2 lagi...

Mat Syabu...Mat Syabu...udah2la berkawan dengan Komunis DAP tue...klu dulu Mat Indera diresapi ideologi komunis, jadi boneka mereka, sekarang Mat Syabu pun dan diresapi komunis bawaan DAP dan jadi keldai, boneka mereka...juak PAS x nampak lagi ka?? Orang kuat no.2 hangpa pun dah biolll..mcm mana hangpa pilih pemimpin bingai sejarah mcm ni jadi teraju parti hangpa???..

Apa kata juak2 PAS lain?? Ataupun anda pun sokong tindakan Komunis dok bunuh, bakar orang Islam/Melayu suatu ketika dulu nih?? Klu yea pun menentang British apehal yang orang Melayu mereka banyak bunuh masa tue?

Korang ingat imigran Cina x duduk bawah British ka? Klu bukan British, sapa yang bawa Cina2 ni masuk Malaya jadi kuli lombong bijih timah??

Klu mat sabu a.k.a mat lembu bingai kata polis (masa tu) barua kerajaan British, Komunis adalah penentang British, pejuang kemerdekaan..jadi apa kejadahnya Komunis (awal penubuhannya) terima bantuan dan senjata daripada British masa berperang dengan Jepun??? Bukan depa pun barua British ka masa tue??

Dah ada senjata, ada kuasa mula tunjuk hebat, serang orng Melayu, nak jadikan Malaya negara republik...Jgn nak putar lebih sangat la juak2 PAS oiiii...x da bila nya komunis tue pejuang kemerdekaan..pasai apa, lepas merdeka pun depa dok jadi gerila lagi dalam hutan nuu..juak2 hak yang bodoh piang, bingai, tenging, dungu ja angkat komunis ni pejuang kemerdekaan...bodohhhh... September 6, 2011 7:17 PM 

Di petik dari blog; Sejarahmelayu.blogsport.com

Sunday, September 4, 2011

Bodoh punye Harakah!!!!

Sebelum ini harakah memetik Mkini berkata bahawa kompas hanya minta maaf separuh aje. Sebenar nya kenyataan maaf Kompas telah dengan menghantar wakil secara terus kepada DS Najib dan di rakam oleh RTM1. DS Najib telah memberi nasihat yang sepatutnya kepada Kompas. Kompas sendiri telah menyiarkan berita di dalam tajuk ‘PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia’.

Setelah berbelit belit menipulasi berita tersebut di ayat akhir harakah mengakui bahawa Kompas ada menyiarkan permohonan maaf tersebut dengan berkata; "Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk ‘PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia’" dengan alasan permohonan maaf yang di buat dalam situasi luar biasa.


Lembu dan kaki spin betullah Harakah dan Mkini ni. Putar berita kat atas kerana takut, letakkan satu ayat yang betul kat bawah.



Sila lihat laporan harakah sebelum ini.


Saturday, September 3, 2011

KOMPAS mohon maaf separuh je?

Harakah putar alam permohonan maaf akhbar Kompas. Menurut Harakah, " Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa."

"Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu."

"Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas".

Andaian harakah memetik dari Mkini, "permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas. Kemudian Kompas di uggut dengan tidakkan undang undang juga tindak menundukkan Kompas. Akhirnya kompas hanya setuju memberi peluang DS Najib membuat penafian sahaja.

Bagi Malaysiakini, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai ‘permohonan maaf separuh’.


Waduh, harakah. Apakah harakah mahu kompas menghantar sendiri salinan siaran maaf di akhbar kompas itu kemeja editor harakah baru nak percaya.  Apa yang UMA tahu bahawa siaran maaf itu telah di terbitkan pada muka 7 selepas pertemuan editor kompas dengan DS Najib. Ada blogger yang telah memberikan link berhubung dengan permohonan maaf tersebut di blog mereka.

Semoga ada blogger yang tampil menjawab putar alam harakah ini. Mungkin harakah pun tahu berhubung penerbitan maaf tersebut. Sengaja hendak memanjangkan fitnah supaya sentiasa tertanam di minda rakyat kerana akan termakan dengan fitnah fitnah tersebut.

fitnah Harakah,

Semoga ada blogger yang tampil menjawab fitnah fitnah tersebut.

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!