Halaman

Friday, October 28, 2011

Kerana berdendam dengan "JAIS", Asri memilih liberalisasi agama di negara ini.

Dendam sungguh Dr Asri dengan JAIS. Walau pun dia cerita kisah murtad di Oxford, matlamat utama beliau menyindir Perhimpunan Satu Juta Umat, penguatkuasaan JAIS dan campurtangan istana dalam agama yang di gambarkan melalui peristiwa di Oxford itu. Seorang lagi pemecah bangsa Melayu.

Sumber :Minda Tajdid

Thursday, October 27, 2011

Halusnya Jarum Mereka.

Halusnya jarum mereka. Yang hendak di tebuk telah tembus. Nuar telah berjaya memasuki semua ruang dalam negara ini dengan bantuan iblis. Semoga ini hanya sekumpulan kecil bagi Allah mempamerkan keburukan mereka bagi di nilai oleh rakyat jelata.

Sumber: Generasi Pejuang Bangsa.


Tuesday, October 25, 2011

TS Muhyiddin akui media alternatif kaki putar belit.

KUALA LUMPUR 24 Okt.- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan beliau berhubung isu dakwaan beberapa blog bahawa anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabul kehormatan seorang gadis berumur 16 tahun, telah diputar-belit oleh beberapa media alternatif.

UMA: Begitulah pendedahan TS Muhyiddin di Parlimen dalam  menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini selepas di tuduh  oleh Lim Kit Siang dan mendesak supaya TS Muhyiddin menarik balik kenyataan beliau sebelum ini. Eyek, kata nak amalkan ketelusan berita. Selama ini menyerang Utusan Melayu sebagai pelapor berita palsu. Belum memerintah dah buat berita palsu. Takde satu pun yang boleh di puji keatas pembangkang nie.....

Sumber: Utusan Online

Friday, October 21, 2011

Zul lebih Hudud dari Hadi

Terima kasih Yb Zul diatas kelancangan membuktikan Hudud pas bukannya Hudud Islam. Semoga rakyat akan sedar bahawa gempar gempur hudud yang di bawa oleh pas sekadar permainan politik dan undang undang dibuat asal jadi je.

Seronok tenggok YB Zul tersenyum ketika semua orang naik angin.

Thursday, October 20, 2011

MSO akui Aziz mendokong perjuangan PR.

Dalam rencana khas MSO hari ini mengakui bahawa Aziz Bari mendokong perjuangan PR. Kalau gitu tidaklah dia tu berkecuali. Kalau dalam kepala tu dah ada bais maka punahlah kecemerlangan anak didik. Sedangkan bersembunyi dah cukup memecah belah. Inikah pula berterang terangan.

Dari itu UMA fikir eloklah letak aje jawatan. Tumpukan sepenuh masa dengan politik. Senang kami nak cungkil sampai akar umbi. Dia pun telah banyak kali di beri peluang oleh pehak Univesiti. Ini kali ke tiga menerima surat tunjuk sebab. Elok letak jawatan dan boleh terus menyombong diri.

Seterusnya: Merah Tinta

Saturday, October 15, 2011

Beli Cincin pakai pos.

Cincin 24 juta. 24 juta apa? 24 juta US Dollar. Ringgit Malaysia berapa? 70 juta. Mana ada cincin 70 juta!?

Lepas itu, beli mengunakan pos. Apa ke bodohnyaaa. Haa....ha..... Dengarlah sendiri.

Friday, October 14, 2011

Datuk Seri Najib, Tolong Duduk Diam Diam

UMA berharap Datuk Seri Najib tolong duduk diam diam. Jangan jawab walau satu perkataan. Jangan saman juta juta. Biar Dimensi buat kerja.

Ok, Dimensi. Sekarang apa you nak kata?

Jawaban Dimensi ada disini

Huhhhh.....mendidih......

Wednesday, October 12, 2011

Kawan Baik Aku Ni Tak Layak Jadi Pemimpin.

Cuma nak beri tau aje dulu. Nanti selepas betul betul terjadi, jangan pula nak bagi penampar kat aku. Mungkin aku pulak yang tampar!!!



Credit: mokhzani65.

Saturday, October 1, 2011

Ini semua pasal undi

Hari semalam "Terminal Pengangkutan Awam Segamat" terbakar. UMA ada di situ ketika kejadian berlaku. Menurut saksi, En Mohd Zain, kebakaran bermula dari gerai 48 ketika tuan gerai En Alias hendak memasang satu tong gas ke dapur beliau tiba tiba gas tersebut menyembur kedapur satu lagi. Bermula dengan kebakar ceiling gerai tersebut di ikut ceiling bangunan dan api melarat kegerai gerai yang lain. 3 kaunter ticket yang berkembar dengan gerai gerai tersebut; Mara Liner, Transnational dan Cepat Ekspress terjejas teruk. Kejadian bermula pada pukul 10.40 pagi.

Angin bertiup dari barat ke timur. Dari itu 4 buah gerai menjual makanan dan kaunter tiket yang terbakar. Jika angin bertiup kearah bertentangan akan mengakibatkan 12 buah gerai menjual makanan akan musnah.





Semasa UMA meninjau dari dekat di tempat kejadian kelihatan anggota bomba memegang hose water hydrant tetapi tidak keluar air. Bebarapa peniaga tionghua yang berhampiran mula memaki hamun pehak bomba kerana berdiri memegang hose yang tidak berair. Kelihatan kereta bomba meninggalkan tempat kebakaran. Keadaan jadi kelamkabut. Api terus marak dan akibat kebakaran ceiling itu jatuh membakar majallah, akhbar dan toy  gerai row bersebelahan pula. 5 hingga 10 minit kereta bomba memasuki tempat kebakaran semula, kakitangan bomba mula menyembur kekawasan kebakaran dengan air kotor yang dipam dari sungai yang berdekatan.


Masyarakat tidak faham langkah langkah keselamatan yang perlu di patuhi oleh pehak bomba. UMA yang pernah menjadi Management Representative bagi sistem Ohsas dan ISO1400 dahulu amat memahami langkah keselamatan yang dilakukan oleh pegawai pegawai bomba tersebut. Bahagian ceiling telah berlaku kebakaran manakala semua gerai mempunyai tong gas. Bila bila masa tong gas akan meletup dan kayu api dari atas boleh jatuh yang boleh menyebabkan kemalangan. Manakala masyarakat mahu bomba berperang dengan api samada api mati atau bomba yang mati.

Masalahnya kenapa sistem hydrant gagal berfungsi? Ketiadaan air pada hydrant bukan tanggongjawab bomba tetapi tuan punye premies. Ada lebih 20 gerai menjual makanan dan lain lain, tidak ada satu pun yang bantu mula dengan mengunakan fire extinguisher. Ini bermakna gerai gerai tersebut tidak mempunyai alat pemadam api? Bukankan itu satu daripada syarat syarat lesen? Sepatutnya kebakaran itu tidak boleh berlaku sekiranya peniaga diberikan latihan menghadapi kebakaran akibat kebocoran gas memasak. Tak susah tapi mesti nak faham. Demo pernah di buat oleh bomba di kilang kilang. UMA berpendapat Majlis telah gagal menjalankan tanggongjawab dan penguatkuasan keatas faktor faktor keselamatan itu.

Peniaga ada yang mengamuk dan ada yang menanggis. Mereka nak buat tuntutan rugi kepada gerai yang mulakan kebakaran. Untuk memperbaiki semula bangunan mungkin mengambil masa sebulan. Dari itu peniaga yang terlibat dalam kebakaran dan tidak terjejas akan terpaksa memberhentikan perniagaan dalam usaha baik pulih tersebut. Mereka semua berpakat untuk mengambil tindakkan.

Ini beza antara peniaga Cina dengan peniaga Melayu. Peniaga Cina akan membentuk tabung bantuan kepada rakan rakan mereka yang terbencana. Sekejap sahaja satu bangunan baru dan peralatan yang lebih canggih tersergam mengantikan bangunan yang terbakar. Peniaga Melayu macam mana nak tambah penderitaan kepada rakan mereka yang terbencana. Mampu ke dia untuk membayarnya sedangkan peniaga itu sendiri  terpaksa memulakan semula perniagaan mereka bermula dari awal.

Sebelah petang banyak vip datang melawat ketempat kejadian. Semoga vip dapat menghulur bantuan kerana ada yang menanggis sambil berkata cuma inilah punca pendapatan sara diri dan perbelanjaan persekolahan anak anak.

Hari ini UMA terpegun kerana Majlis Daerah Segamat mengambil tindakkan segera. Pembaikan bangunan sedang di jalankan sekarang. Peniaga yang terlibat di tempatkan ke gerai gerai yang sebelum ini kosong. Elektrik memang telah sedia ada. Bekalan air sedang di usahakan. Kontraktor paip sedang memasang saluran paip ke gerai gerai tersebut. Tahniah kepada semua yang berusaha. Ada juga kata kata sinis dari seorang peniaga tionghua; "Ini semua pasal undi". Kelihatan kedai beliau tidak terlibat. Tindakkan segera salah. Tak ambil tindakkan lagi salah.

UMA telah menghantar email kepada Majlis Daerah Segamat dengan mencadangkan
  1. Membuat pemeriksaan berjadual kepada peralatan bantu mula bagi pencegahan dan menentang kebakaran di bangunan bangunan awam.
  2. Menguatkuasakan bagi menyediakan fire extinguisher pada setiap gerai kerana ia adalah syarat syarat lesen.
  3. Mengadakan latihan menghadapi kebocoran gas memasak
  4. Mengujudkan jawatankuasa keselamatan menentang kebakaran di terminal tersebut.
lagi berita tentang kebakaran: Metro

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!