(Jijah tau ke you dok beraya dengan I ni Bang Non?)
Salam 2 all.
Teman
merujuk kepada lapuran yang disiarkan semalam 18 Nov 2011 oleh laman
portal MalaysiaKini yang pro Anwar Ibrahim bertajuk “Zul Noordin pula
minta RM60,000-00” yang dipetik dari buku tulisan Syed Husin Ali
bertajuk “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan semalam oleh Anwar
Ibrahim. Didalam buku itu, Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita
yang kononnya teman meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk
mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan
kepada Anwar Ibrahim bertanding.
Teman
tidak menjangka yang Anwar Ibrahim sekarang begitu terdesak sehingga
terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” apabila berhadapan
dengan pembongkaran dan pendedahan kebenaran demi kebenaran yang sudah
diketahui umum.
Daripada
pembongkaran dan pendedahan mengenai fahaman pluralisma yang dianutinya
saperti yang terkandung didalam ucapan beliau pada 18.03.2010 di London
School of Economics yang menyatakan semua agama sama, kepada perlakuan
seks beliau saperti yang didedahkan oleh rakan karibnya Datuk Eskay
Abdullah, kepada kes beliau meliwat stafnya sendiri Saiful Bukhari
Azlan, kepada terbongkarnya pembohongan beliau mengenai konspirasi 16
Sept 2008 saperti yang didedahkan oleh rakan baik beliau YB Datuk Seri
Zahrain Hashim, dan kepada pelbagai pembongkaran dan pendedahan
kebenaran makhluk yang disebut oleh Datuk Seri Zahrain sebagai “raksaksa
pelbagai wajah!”.
Begitu
terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat
“anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan
anti-kebatilan termasuk teman, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.
Teman
menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman
ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang
dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin
sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk
menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu
dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar
berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana
GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga
RM60,000-00 sebulan!
Malahan
Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana
dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan
Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden.
Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan
Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan
dia jawatan Senator.
Syed
Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila
bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota
Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai “anak kominis” oleh kepimpinan
PAS pada masa itu. Jadi menjadi Senator adalah jalan mudah untuk dia
menjadi Yang Berhormat melalui “pintu belakang!”.
Teman
memberitahu Syed Husin bahawa walaupun teman memang bersedia
mengosongkan kerusi Parlimen KBB, teman tegas menolak tawaran jawatan
CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan teman bukan untuk imbuhan.
Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai
seorang peguam.
Malahan
teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman
menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA,
teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada
Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! Semuanya percuma dan
pro-bono!
Sebenarnya
teman tidak ada masalah dengan petisyen pilihanraya yang dikemukakan
oleh calon Barisan Nasional Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana pembelaan
teman mantap dan “water-tight”. Walaupun ada cubaan untuk sabotaj
pembelaan teman oleh Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan Pakatan
pembangkang pada masa itu (yang akan teman dedahkan bila tiba masanya
nanti insyallah), namun alhamdulillah teman diberi perlindungan oleh
ALLAH dan berjaya akhirnya dengan izin ALLAH didalam kes tersebut.
Walaupun
mempunyai pembelaan yang baik bagi kes itu, teman memang sudah bersedia
mengosongkan kerusi Parlimen KBB pada masa itu kerana teman sudah mula
meluat dengan sikap hipokrit dan pura-pura mereka dalam isu berkaitan
Islam. Ini jelas pada peringkat awal lagi selepas 08.03.2008 apabila
teman mengambil sikap mempertahankan dan membela Islam apabila rakan
sekutu Anwar iaitu Bar Council & Ambiga Sreenavasan mahu mengadakan
Forum Masuk Islam.
Forum
yang menerima bantahan keras dari pelbagai pihak termasuk Raja-Raja
Melayu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh masyarakat
termasuk beberapa kepimpinan pembangkang sendiri. Tindakan teman
mengetuai umat Islam menghalang Forum tersebut sangat tidak disenangi,
malah Anwar Ibrahim telah membentuk satu Jawatankuasa Disiplin yang
dipengerusikan oleh Syed Husin untuk mengambuil tindakan disiplin
terhadap teman.
Teman
masih ingat kata Syed Husin yang menyatakan bahawa Anwar mengarahkan
dia supaya meminta teman meminta maaf secara terbuka kepada Ambiga
Sreenavasan dan Bar Council, kerana mereka penyokong Pakatan. Mereka
bagi undi kepada kita, kata Syed Husin. Tidak apa kalau meminta maaf sekarang, kerana nanti bila kita berkuasa Anwar kata “taulah kita apa nak buat dengan mereka”.
Teman
menolak untuk meminta maaf, malah menegaskan kepada Syed Husin Ali
bahawa bukan sahaja teman tidak kesal dengan tindakan teman mengetuai
bantahan tersebut, malah kalau Bar Council buat lagi teman akan
mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas. Syed Husin menyatakan
kepada teman bahawa “awak ini tidak sealiran dengan pemikiran Pakatan
yang liberal”, dan beliau memberi amaran bahawa Anwar akan pastikan
teman akan membayar harga yang mahal untuk sikap tegas teman
mempertahankan Islam saperti ini!
Teman menjawab dengan tegas, "I am a Muslim first, Member of Parliament second.
I may not be the best of Muslim, but I will do my utmost best to defend
Islam!!! "Teman mengutamakan Islam dahulu, Ahli Parlimen kedua. Teman
mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi teman akan buat yang terbaik
untuk Islam!!!.
Walaupun
teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar
Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu
terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari
Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh
Anwar Ibrahim.
Anwar
sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua
Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama
Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai
kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB
dengan segera. Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan
tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes
petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi
Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.
Namun
rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya
membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang
tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin
terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua
Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya
Saiful.
Kata
Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat
stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan
gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan
badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak
meneruskan pendakwaan terhadapnya!
Apabila
Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar
menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah
mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat
diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di
Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang
Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim
Bandar Baharu!
Teman
juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia
dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu
kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman
bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen
Permatang Pauh!
Malah
Wan Azizah membuat komen “apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk
Bang Non”. “Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban
macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah
memanggil Anwar dengan nama "Bang Non".
Teman
memberitahu Wan Azizah supaya jangan kosongkan kerusi Permatang Pauh,
malah teman bersedia kosongkan kerusi Parlimen KBB hari itu juga untuk
memastikan kerusi dia selamat. Sambil berseloroh
teman bagitahu Wan Azizah lagipun Anwar janji dengan teman akan diberi
jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC di Selangor sebagai
ganti!
Teman sendiri sangat terkejut dan masih ingat jawapan spontan Wan Azizah, “takkan you percaya janji Bang Non?”.
Adalah
jelas pada teman tohmahan dan tuduhan Syed Husin Ali itu direkayarsa
dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaan
teman yang berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit
politik Anwar Ibrahim yang gagal disangkalnya dengan hujah bernas dan
fakta jelas, sebaliknya digunakan “anjing-anjing pencen” untuk membuat
kerja-kerja kotor.
Pada
teman, rakyat semakin matang dan bijak hari ini. Mereka tidak lagi
boleh diperbodohkan oleh para politikus kalkatus yang rakus mahu
merampas Putrajaya dengan cara kotor dan jijik melalui politik
pembohongan, penipuan, putar belit dan apa sahaja cara kotor untuk
menghalalkan matlamat demi memenuhi nafsu untuk bersemayam di Putrajaya!
Pada
Syed Husin, teman mendoakan supaya Pak Syed bertaubatlah segera. Pak
Syed tahu apa yang Pak Syed karang itu adalah satu pembohongan dan
penipuan! Janganlah digadai maruah dan harga diri rela menjadi
“anjing-anjing pencen” bagi kaum yang sudah rosak akhlak, kewibawaan dan
kredibilitnya.
Dikala
umur sudah tiba ketahap kubur kata mari, rumah kata pergi,
perbanyakkanlah beristighfar dan beribadat. Perbanyakkan solat dan
berdoa, mohonlah keampunan kepada ALLAH. Pak Syed sudah mencapai impian
untuk menjadi Yang Berhormat, walaupun melalui “pintu belakang”. Jangan
nanti sampai orang kata gelaran “anak kominis” yang pernah diberikan
oleh kepimpinan PAS suatu ketika itu kepada Pak Syed sebagi benar dan
betul bila melihat gelagat dan akhlak Pak Syed bersedia menjadi
“anjing-anjing pencen” untuk makhluk paling tak bermoral dan berakhlak
Anwar Ibrahim!
Dan
kepada Anwar Ibrahim, teman memberi amaran supaya jangan cuba nak
berselindung disebalik “anjing-anjing pencen” ini untuk membuat kerja
politik kotor kamu. Kalau kamu tidak ada sebarang perasaan kemaluan
untuk mendedahkan segala kemaluan kamu dihadapan seorang China-Doll,
maka beranilah berdepan dengan kebenaran yang terbentang luas dihadapan
kamu. Jangan cuba memaksa teman mendedahkan segala kemungkaran dan
pembohongan putar belit kamu.
Tetapi jika kamu terus dengan sikap politik kotor kamu ini, kamu tidak memberikan teman pilihan lain selain mendedahkan segala kemungkaran kamu itu!
The choice is yours, you want war, I will give you a war that you will live to regret forever!
Wallahua’lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin