Nampaknya Ahmad Syukri perlukan 542 orang lagi untuk melengkapkan mini revolusi yang beliau idamkan. Ini berikutan 500
ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan
menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
didakwa tidak menunaikan janjinya.Klik sini
Mereka
menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO
Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.

Selain itu Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai
42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil
keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.Klik sini sementara Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli
Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga
penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.Klik sini.
Makin lama makin ramai yang mendapat hidayah dari Allah.