Halaman

Monday, February 6, 2012

Ulama jentik telinga ularmak

Dah pulak.....apa jugalah ulama-ulama ini buat kenyataan yang mengelirukan umat semua nie?. Dahlah kita tak berapai arif, keluar pulak kenyataan yang bukan bukan.

Walau bagaimana saya tertarik dengan ayat yang di baca diakhir video tersebut dari surah Al-Araf 7:157 yang menafikan bahawa kelahiran rasulullah sama saperti mamat biasa malahan sebelum lahir, nama dan sifat-sifat nabi telah tercatit di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil.

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلۡأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُ ۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya". Al-Araf 7:157

Woiii......Alhamdulillah dan syukur kerana aku mengaji Quran........


3 comments:

  1. Cara tuan ini bagus,boleh elakkan orang islam tertipu oleh ularmakk.. palsu @ munafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TN 10:37
      Allah sendiri mengiktiraf nabi sebagai "menjadi rahmat ke sekelian alam". Allah sendiri berselawat keatas nabi dan memerintahkan kita supaya memberikan penghormatan kepada Rasulullah.

      FimanNya yang bermaksud;
      "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

      ( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #56)

      "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

      ( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #107)

      Jika Allah sendiri "berselawat keatas nabi" dan mengiktiraf nabi sebagai "menjadi rahmat bagi sekelian alam" mengapa kita insan hamba kepada Nya terlalu sombong untuk memuliakan nabi?

      Dalam ayat lain Allah berfirman yang maksudnya,
      "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

      ( سورة الأحزاب , Al-Ahzab, Chapter #33, Verse #21)

      Saperti amalan dunia, ada hari ibu, hari bapa, hari alam sekitar dan hari kekasih, wajar kita juga ada hari Maulidur Rasul sebagai hari tema bagi memantapkan diri kita terhadap "contoh ikutan yang baik" diatas diri Rasulullah itu.

      Delete
  2. Apa nak kata bila akal dan Iman dalm diri kita sendiri yanh terus menerima merka yang menjual dan melacurkan Agama sebagai muslim,,hakikatnya telah jelas diterangkan siap merekaw ini dalam AQ dan sunnah ..Tapi masih ramai yang was2.mengapa.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!