Halaman

Friday, June 8, 2012

Anwar ke Mahkamah Lagi.....

Mahkamah beri Anwar tempoh hingga 20 Jun

2012/06/07

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh dua minggu untuk menjawab pernyataan itu.
Pada 26 Mac, Anwar memfailkan saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Sumber:  Berita Harian Online | Mahkamah beri Anwar tempoh hingga 20 Jun 

Sementara itu dalam Utusan Online melaporkan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan masih menunggu jawapan pernyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya pada Mac lepas.
Beliau pelik mengapa Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih belum menyatakan sebarang jawapan berkaitan perkara tersebut.
"Saya sungguh hairan mengapa Anwar masih belum memberi sebarang kata putus, saya masih lagi ternanti-nanti pernyataan pembelaan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian baru Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perintah Mahkamah Tinggi di sini yang memberi tempoh sehingga 20 Jun ini untuk Anwar menjawab pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Sumber: UMO

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!