Halaman

Sunday, June 10, 2012

Nik Aziz Marah Mufti Perak sehingga menimbulkan gempa.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.

Dek terlalu marah agaknya sehingga Negeri Perak mendapat bencana gempa kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti. sehingga ada rumah yang di laporkan retak.

Gempa cetus tanda tanya
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2012/06/09

Punca gegaran belum dikenal pasti, Stesen Meteorologi tak terima laporan

IPOH: Gegaran yang berlaku selama beberapa minit yang menimbulkan panik kepada penduduk sekitar bandar raya ini dan Gunung Rapat pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu dan masih belum dapat mengenal pasti puncanya.
Beliau berkata, siasatan masih dilakukan termasuk dakwaan beberapa penduduk sekitar Jalan Kampar kemungkinan berpunca daripada penggunaan bahan letupan oleh sebuah syarikat ketika melakukan kerja pembinaan sebuah bangunan di situ.

“Polis masih menyiasat dakwaan penduduk di Jalan Kampar terbabit yang mendakwa rumah mereka turut mengalami kesan keretakan dan gegaran akibat kesan letupan itu.

“Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengesahkan punca gegaran itu dan kuari paling hampir ialah di Simpang Pulai tetapi siasatan mendapati tiada aktiviti menggunakan bahan letupan dilakukan pada masa kejadian.

“Polis menerima beberapa laporan termasuk aduan penduduk menerusi telefon mengenai gegaran itu dan saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota menyiasat lebih lanjut puncanya,” katanya, di sini, semalam.
Kelmarin, beberapa penduduk di sekitar bandar raya ini dan kawasan Gunung Rapat termasuk di Politeknik Ungku Omar (PUO) panik apabila merasa gegaran luar biasa sehingga mengakibatkan premis masing-masing seakan bergoyang beberapa minit pagi kelmarin.

Dalam kejadian bermula jam 11.15 pagi itu, penduduk termasuk kakitangan dan pelajar PUO merasai gegaran sehingga menyebabkan tingkap pejabat serta perabot dalam premis pejabat bergetar hampir lima minit.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah, ketika ditemui pemberita kelmarin memberitahu beliau sedang menghadiri mesyuarat bersama sembilan kakitangannya apabila secara tiba-tiba terasa bangunan seperti bergegar menyebabkan tingkap dan meja turut bergetar.

Stesen Meteorologi Ipoh yang dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan membabitkan gempa bumi manakala jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak pula berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu tetapi tidak dapat mengenal pasti punca kejadianBerita Harian Online | Gempa cetus tanda tanya

3 comments:

  1. nabi tinggalkan mekah dan pindah ke madinah sebab nak kerusi? biar betul . ni aku yang tak paham ke si nirky arjis ni yang dah nyanyuk. cakap tak berlapik. atau pun cakap tak habis. aku tak pernah pulak dengar atau baca tentang ni. muyskil aku aihhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... sabenarnya ..U yang tak faham......

      U baca dan cuba faham memang tak akan faham selagi soal pokok U tak faham.

      Pokoknya...orang yg dah dijauhi hidayah memang bila bercerita akan nampak merapu....bagi orang yg dikurniakan Iman dan hidayah.

      contoh...kalau Dap cakap... kita faham..itu bukan merapu tapi Jahil dan atau berniat jahat.

      Kalau orang gila cakap... macam mana..tentu U tak layan sebab dia gila...

      Kalau orang yg dapat menafaat dari Ilmu nya... dia tak akan terfikir sedetik pun macam tu..nauzubillah.

      Jadi statement ini dituturkan olih manusia yg nak kategorikan apa .... tentulah dikalangan orang orang yg rugi diakhirat... jadi tak payah faham hanya jauhkan diri...kita pertahankan sesiapa yg nak dimangsakan , diaibkan, dihina,diperlekeh dan disesatkan khusus orang disekeliling kita... Dia dah tentu dia sokmo...kita dan masyarakat perlu dilindungi perasit Akidah dari cemar..

      Hperancis

      Delete
  2. Gatal mulut ada ubatnya, Gatal otak, susah... susah.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!