Halaman

Tuesday, May 29, 2012

Amy Search dan rakan-rakan tolak parti syurga?

Amy Search, Mus May, Ibnu Reza Dan Jamal Abdillah Sertai UMNO dan menolak parti yang menjanjikan syurga. Mungkin Amy sedar bahawa dengan mempercayai masuk syurga dengan mengundi parti tertentu sahaja adalah fatwa sesat selari dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi. Sheikh Dr Sulaiman Saloomi juga menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Klik sini.

alt
Amy search, Mus May, Ibnu Reza dan Jamal Abdillah dalam sidang akhbar.


 Menurut KL Pos, sebentar tadi satu sidang media yang bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mengesahkan kemasukkan beberapa artis tanahair menyertai parti UMNO. Amy dari kumpulan Search, Ibnu Reza, Mus dari kumpulan May serta Jamal Abdillah kini merupakan ahli UMNO bahagian Bukit Bintang Wilayah Persekutuan. Klik sini.

UMA: Satu Aisah masuk PAS,  empat artis masuk UMNO. Itu belum kira pelakon "Bangkang Dari Longkang", kehkehkeh......

Sunday, May 27, 2012

Nik Aziz Akui Malaysia Negara Islam.

Nik Aziz mengakui bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Perkara ini amat bertentangan dengan ceramah-ceramah beliau sebelum ini supaya rakyat menolak pemerintahan kerajaan sekarang dengan mengatakan bahawa kerajaan sekarang adalah sebuah kerajaan sekular. Hujah-hujah sekular inilah yang disebarkan oleh pengikut-pengikut PAS dalam merangsang rakan-rakan mereka menolak kerajaan.
Anak beliau, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata kenyataan Karpal itu adalah bersifat peribadi dan ia tidak menjejaskan sokongan terhadap parti. Beliau menyokong padangan ayahnya dan berkias pula dengan berkata bahawa"orang Melayu yang beragama Islam adalah penduduk majoriti di negara ini".

Sehubungan itu, katanya, PAS akan menolak sekiranya Perdana Menteri yang dicadangkan Karpal itu bukan beragama Islam.


Berita Harian Online | Hanya orang Islam boleh dilantik PM: Nik Aziz

Wednesday, May 23, 2012

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Dulu lawan, kini Mohd. Yusof bela Anwar


Apa-apa pun boleh berlaku dalam dunia mahkamah dan politik. Rakyat aje yang jadi keliru hingga sanggup bermusuhan antara satu sama yang lain mempertahankan mereka. Sedangkan pemimpin-pemimpin, peguam-peguam hanya bertegang urat sekadar menegakkan isu-isu atau fakta-fakta. Kegagalan mempertahankannya mengakibatkan keruntuhan moral dan krediabliti mereka. Sebaliknya pemimpin-pemimpin dan peguam-peguam tetap boleh menerima bekas musuh mereka diluar padang. Tidak sukar untuk mereka berbaik sangka sekadar ucapan "saya sokong awak".

Pengikut-pengikut yang tercongan-congan dengan gelagat pemimpin mereka. Itulah nasib anda semua.

 Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!