Halaman

Tuesday, June 12, 2012

Rakyat terus tuntut PKR tunai janji PRU

SHAH ALAM: 2012/06/12.  Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash bersama 30 individu sekali lagi mengadakan bantahan aman di depan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, berhubung kegagalan kerajaan negeri memenuhi janji Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Prakash berkata, bantahan dibuat selepas memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri pada 3 Jun lalu tidak mendapat maklum balas daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun EXCO yang bertanggungjawab.
Katanya, pihaknya kecewa kerana memorandum menuntut kebajikan kaum India dibela, tidak dipedulikan.
“Bantahan pagi ini (semalam) hanya untuk menuntut janji pakatan pembangkang ketika mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi mentadbir Selangor.

“Malangnya, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang tidak mengambil peduli kebajikan kaum India selain gagal menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Memorandum bantahan dan ketidakpuasan hati kaum India di negeri ini disampaikan kepada wakil pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11 pagi selepas hampir sejam menunggu di luar bangunan itu.

Selain itu, katanya, pihaknya mempersoalkan tindakan peniaga warga asing mendirikan kedai di tepi jalan sewenang-wenangnya.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah ‘tidur’ kerana tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu berbanding jika ia dilakukan rakyat tempatan.

“Rakyat Selangor yang mahu berniaga perlu mematuhi pelbagai syarat yang ketat sedangkan rakyat asing mudah untuk berniaga. Apakah keistimewaan mereka sedangkan nasib rakyat sendiri tidak terbela,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan bantahan secara aman dari semasa ke semasa jika kerajaan negeri terus berdiam diri.


Sumber: Berita HarianOnline

Majlis Peguam Masuk PRU13?

Apalah nak kutuk-kutuk Majlis Peguam. Dah kerja peguam membela apa yang hendak dibela. Walaupun yang dibela itu diketahuinya salah dia akan buat supaya kes mereka menang. Kalau tak menang kerana bukti sekurang-kurangnya menang kerana teknikal. Semuanya pasal duit. Kalau majlis peguam dapat dana dari anti kerajaan, tentulah dia spin habis-habis supaya kerajaan kelihatan bersalah. Di mahkamah dia 'hero". Semoga rakyat pula yang menjadi hakim sebenar melalui penelitian fakta.

Tapi, ye juga. Kalau hal undang-undang kau spin habis-habislah dalam mahkamah. Janganlah pulak berpolitik. Kalau nak berpolitik, masuklah piliharaya.
 

Majlis Peguam dikecam hebat

KUALA LUMPUR 11 Jun - Majlis Peguam sekali lagi dikecam hebat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat Bebas ekoran sikap berat sebelah serta tidak profesional badan tersebut yang berpihak kepada pembangkang.
Malah kumpulan wakil rakyat berkenaan sebulat suara mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam yang kini dilihat seperti sebuah cabang politik.
Pada masa yang sama, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) secara terbuka melabelkan Majlis Peguam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diserang penyakit kencing manis dan perlu 'dirawat' segera oleh kerajaan.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, beliau bimbang dengan dengan kebebasan Majlis Peguam sehingga badan tersebut begitu ghairah untuk bertindak menghukum sesuatu pihak tanpa siasatan terperinci terlebih dahulu.
"Maka sebab itu cadangan agar Akademi Undang-Undang ditubuhkan perlu disegera kerana saya bimbang dengan kebebasan Majlis Peguam. Mereka amat berat sebelah, kecaman ke atas pihak polis begitu berat berbanding teguran terhadap pembangkang.
"Sedangkan semua tahu pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada demonstrasi Bersih 3.0 adalah pembangkang," katanya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (pindaan) 2012, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
'Panas' dengan kecaman tersebut, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua (PKR-Batu), M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) cuba mempertahan Majlis Peguam tetapi mereka akhirnya dikritik hebat.
Nada mereka kemudian berubah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bertanya adakah Majlis Peguam sebuah cabang politik pembangkang di Jalan Benteng sehingga bermati-matian mempertahankan badan tersebut.
"Semuanya sudah terang lagi tersuluh. Majlis Peguam ini bukan lagi berfungsi untuk menjaga kebajikan peguam tetapi satu lagi cawangan politik pakatan pembangkang, apa juga alasan yang diberi memang terbukti mereka berat sebelah," katanya.
Sementara itu, Ibrahim mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah parti politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika individu yang menerajui badan tersebut begitu berminat dalam soal politik berbanding kebajikan para peguam.
Sambil mengakui yang beliau sudah lama hilang kepercayaan kepada badan tersebut, Ibrahim berkata, kerajaan tidak perlu melayan pemimpin pembangkang yang bertindak membela Majlis Peguam kerana terbukti mereka tidak menghormati undang-undang.
"Saya seratus peratus menyokong akademi ini dipercepat penubuhannya dan tidak perlu kita layan mereka yang suka melakukan demonstrasi jalanan untuk berdebat mengenai Majlis Peguam, kerajaan kena berani dan tubuh segera akademi ini," katanya.

Sumber: Majlis Peguam dikecam hebat

Monday, June 11, 2012

Bila Khaled tweet, Khalid panik

 BILA Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tweet membayangkan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) dibekukan, ramai yang menggelabah. Seorang daripada mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan kerajaan tiada hak berbuat demikian. Sepatutnya tweet Khaled itu disambut baik kerana parti pembangkanglah yang garang mempertikaikan kewujudan PTPTN, sedangkan ada antara pemimpin mereka, ketika dalam kerajaan, turut merangka skim itu. Inilah sikap pembangkang yang tidak jelas dengan pendirian dan perjuangan mereka. Atas alasan mahu mempengaruhi pemikiran rakyat, mereka kononnya mahu menunjukkan perjuangan supaya pendidikan percuma pada semua peringkat dilaksanakan di negara ini, termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ikut cakap pembangkang, semua kos terutama yuran pengajian, perlu ditanggung kerajaan sepenuhnya. Bunyinya sedap sekali, tapi ia mempunyai implikasi kewangan yang sangat besar terhadap kerajaan. Untuk menampung yuran pelajar baru UNISEL saja, kerajaan Selangor sudah tidak mampu, bagaimana mereka kata kerajaan perlu memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar IPT. Dengan cadangan pembekuan itu UNISEL yang dikendalikan sepenuhnya kerajaan Selangor, patut memberi sokongan padu bagi membolehkannya membuktikan perjuangan partinya untuk menampung semua kos yuran pelajar, tanpa PTPTN.
Malah, kerajaan negeri itu juga boleh menjadi perintis untuk membuktikan pengajian percuma boleh dilaksanakan di negara ini. Tetapi, belum pun sempat pembekuan itu dikuatkuasakan, kerajaan negeri sudah dapat melihat kesan sekiranya PTPTN ditiadakan. Atas dasar tanggungjawab dan untuk membuktikan kepentingan PTPTN tetap relevan, pembekuan ke atas pelajar UNISEL ditarik balik serta-merta. Tweet Khaled hanya mahu menguji kemampuan kerajaan Selangor menampung yuran pelajar UNISEL. Nampaknya Khalid pula panik kerana selaku Menteri Besar beliau bimbang kerajaan negeri terpaksa menanggung bebannya jika pinjaman itu dibekukan.
Pelajar UNISEL boleh tanya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliaulah yang menuntut PTPTN dimansuhkan dan kos ditanggung kerajaan. Jika ada suara pembangkang meminta pelajar jangan membayar pinjaman PTPTN, ia adalah sabotaj kepada masa depan pelajar. Begitu juga, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berdebat supaya PTPTN diberhentikan tiba-tiba mengutuk tindakan pembekuan itu dan menuduh ia dilakukan berasaskan politik dendam. Pembangkang nampaknya keliru dengan hujah mereka. Ini menunjukkan mudahnya bercakap atau mengkritik tetapi tidak semudah untuk memberhentikan sesuatu yang mempunyai kesannya terhadap ekonomi dan sosiopolitik masyarakat.

Keputusan ini tentu tidak wajar khasnya dalam proses menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi. Kekurangan tempat di universiti meningkatkan pengangguran, bilangan tenaga pengajar juga dikurangkan dan ramai kakitangan terpaksa diberhentikan. Kos di IPT bukan terbatas kepada yuran saja.

Bagaimana dengan kos penyeliaan semua IPT, gaji profesor, pensyarah dan kakitangan serta segala kemudahan di IPT. Ini tidak termasuk kos pembinaan universiti. Kerajaan juga perlu menampung semua perbelanjaan di sekolah rendah, menengah, vokasional dan kolej lain dengan kos yang besar. Kos kerajaan perlu dilihat dari semua aspek termasuk mengurus padang bola. Jika di rumah sendiri, kita sering menghadapi tangki bocor, kerosakan elektrik dan mentol lampu terbakar, bayangkanlah kerja penyeliaan yang perlu ditampung di semua IPT.
Lihatlah wajah anak yang diterima masuk ke universiti setiap tahun.
Mengapa perlu kita hadkan pengambilan mereka jika kos pembiayaan mereka terpaksa ditampung kerajaan sepenuhnya. Jika ibu bapa berkorban untuk masa depan anak, mereka lebih insaf untuk membalas budi kelak.
Berita Harian Online | Bila Khaled tweet, Khalid panik

Sunday, June 10, 2012

Nik Aziz Marah Mufti Perak sehingga menimbulkan gempa.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.

Dek terlalu marah agaknya sehingga Negeri Perak mendapat bencana gempa kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti. sehingga ada rumah yang di laporkan retak.

Gempa cetus tanda tanya
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2012/06/09

Punca gegaran belum dikenal pasti, Stesen Meteorologi tak terima laporan

IPOH: Gegaran yang berlaku selama beberapa minit yang menimbulkan panik kepada penduduk sekitar bandar raya ini dan Gunung Rapat pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu dan masih belum dapat mengenal pasti puncanya.
Beliau berkata, siasatan masih dilakukan termasuk dakwaan beberapa penduduk sekitar Jalan Kampar kemungkinan berpunca daripada penggunaan bahan letupan oleh sebuah syarikat ketika melakukan kerja pembinaan sebuah bangunan di situ.

“Polis masih menyiasat dakwaan penduduk di Jalan Kampar terbabit yang mendakwa rumah mereka turut mengalami kesan keretakan dan gegaran akibat kesan letupan itu.

“Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengesahkan punca gegaran itu dan kuari paling hampir ialah di Simpang Pulai tetapi siasatan mendapati tiada aktiviti menggunakan bahan letupan dilakukan pada masa kejadian.

“Polis menerima beberapa laporan termasuk aduan penduduk menerusi telefon mengenai gegaran itu dan saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota menyiasat lebih lanjut puncanya,” katanya, di sini, semalam.
Kelmarin, beberapa penduduk di sekitar bandar raya ini dan kawasan Gunung Rapat termasuk di Politeknik Ungku Omar (PUO) panik apabila merasa gegaran luar biasa sehingga mengakibatkan premis masing-masing seakan bergoyang beberapa minit pagi kelmarin.

Dalam kejadian bermula jam 11.15 pagi itu, penduduk termasuk kakitangan dan pelajar PUO merasai gegaran sehingga menyebabkan tingkap pejabat serta perabot dalam premis pejabat bergetar hampir lima minit.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah, ketika ditemui pemberita kelmarin memberitahu beliau sedang menghadiri mesyuarat bersama sembilan kakitangannya apabila secara tiba-tiba terasa bangunan seperti bergegar menyebabkan tingkap dan meja turut bergetar.

Stesen Meteorologi Ipoh yang dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan membabitkan gempa bumi manakala jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak pula berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu tetapi tidak dapat mengenal pasti punca kejadianBerita Harian Online | Gempa cetus tanda tanya

Padang Majlis Daerah Ketereh sebesar stadium?

Wau, dengar khabar Abdul Aziz Kadir, Annuar Musa dan Mohamad Alwi Che Ahmad tidak dapat tidur? MSO melapurkan kerana padang Majlis Daerah Ketereh dipenuhi hampir 30,000 orang hadir mendengar ceramah  Anwar Ibrahim, Aishah, Aziz Kadir dan Mohd Rafizi Ramli. Paling jenaka dikatakan Rafizi berjaya membelash 4-2 ke atas Ketua Pemuda Umno tidak berjawatan Khairy Jamaluddin dalam debat PTPTN beberapa minggu lepas. Hehehe......Lawak PR.

Mana tak nampak ramai beb. Mereka datang macam berkelah. Satu orang bawa satu tikar. Ada yang satu tikar duduk satu orang je. Dengan mengunakan tikar sudah tentu mereka mengunakan ruang yang lebih luas. Yang dekat nampak jarang. Yang jauh je nampak rapat. Patutlah mereka tak sediakan kerusi kerana kerusi senang di kira jumlah kehadiran. Lainlah distadium, jumlah penuntun telah ditetapkan dengan jumlah kerusi yang disediakan.

Kopiah, kopiah juga, pak lebai bercampur aduk lelaki perempuan dalam temasya berkelah itu. Manalah ada peluang pak lebai nak bercampur aduk macam ni kalau takde majlis yang dikaitkan kononnya agama. Kesian pak lebai, habis pahla zikir sepanjang hari digantikan dengan maki hamun dan fitnah nuar dalam ceramah tersebut.

Melalui pengalaman UMA, kalau ceramah PAS di Johor, orang UMNO hampir separuh dicelah-celah penyokong-penyokong pas untuk mengetahui isu yang akan mereka hendak sampaikan. Inikah pula ada yang di katakan "Sri Kandi PKR" turut hadir. Orang UMNO pun ramai juga nak dengar kenyataan terus dari Sri Kandi tu.

Apa-apa pun jom kita intai apa jiran sebelah rumah bualkan. Layaan........Klik sini.

Penaja K-Pop Bertam Nite takde dalam SSM?

 “Kita tertarik dengan penafian yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Bertam, Abdul Halim Hamid kononnya pihak penaja, Public Pavilion Holding (PPH) Sdn. Bhd. merosakkan majlis dengan mempersembahkan K-Pop pada program tarian tradisional.
“Persoalannya, wujudkah syarikat yang bernama seperti ini? Kita telah mulakan carian nama syarikat ini di laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan amat malang dan memeranjatkan, kerana tidak terdapat nama syarikat ini seperti didakwa,"- GMW

UMA: Lerrr.....agaknya syarikat penaja tu syarikat haram. Habis surat minta maaf tu siapa yang tulis? Atau sengaja diada-adakan? Apalah dia orang nie. Tak habis-habis dengan haram.

Baca terus disini: Tarian K-Pop, pujian John McCain

Saturday, June 9, 2012

Izah, atas bawah dia sapu.

 Boleh tahan juga si Izah nie. Dulu dia pergi keIndonesia beritahu kapal selam tak boleh menyelam. Kerana cerita budak kecik nie menyebabkan sebok Zahid Hamidi menjemput LGE turun kedalam kapal selam. Yang LGE takut bukan kapal tak boleh menyelam tapi bagaimana kalau kapal tu tak timbul-timbul. Dia dah ada dalam kapal yang menyelam beribu kaki kedasar laut. Punye girang si LGE apabila didapati kapal itu boleh menyelam dan timbul dengan selamat. Sebok LGE beritahu orang ramai yang kapal itu boleh menyelam dan timbul semula. Terkedu Izah mendengar perkabaran berita itu.

Ini ler cerita pasal 'kawalan traffic udara kebangsaan" pulak. Rosak, kata Izah. Boleh menyebabkan jutaan nyawa penumpang boleh terkorban. Sistem baru yang dipasang sejak 13 Disember yang lalu radarnya tidak berfungsi, citernya. Radar menangkap image signal kedudukan kapal terbang terbalik. Mungkin kepala patut kat atas tapi terjuntai kebawah. Yang lurus mungkin terbengkok. Ini dah kira nyaya......Bukan sikit duitnya, system baru yang dibekalkan oleh "National Air Traffic Control Centre (NATCC)" diSubang menelan belanja RM280 million. Izah minta supaya sistem baru itu di tukar kepada yang lama.

Memang wajarlah Izah merasa bimbang. Orang beruang saperti dia memang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan utama keluarga. Kalau radar dah terbalik, boleh jadi almarhum.

Yang jadi masallah, macam mana UMA nak percaya cakap si Izah nie. Dulu dah sekali betul-betul UMA percaya yang kapal selam tak boleh menyelam. Ini kapal terbang dah terbalik arah pulak. Rasanya industi penerbangan mempunyai piawaian yang ketat. Jika kapal terbang atau peralatan tidak selamat, boleh tutup lapangan terbang. Tak habis-habis hendak menakutkan orang ramai.

Satu yang UMA tidak senang dengan si Izah ni dia cukup fob ea kalau kerajaan membuat sesuatu pemodenan. Itulah, inilah. Takde satu yang baik. Asyik suruh tukar yang baru kepada yang lama. Takkan dia hendak kerajaan melakukan pemodenan ikut macam si Azmin yang nak bena komplek perniagaan kat atas padang rakyaat tu? Belum buat lagi rakyat dah menderita. Nampaknya, kenalah panggil LGE sekali lagi untuk membuat confirmation tentang fungsi peralatan baru yang dipasang itu. Cakap orang lain, takdenya dia nak percaya..........

klik sini: Main - Malaysia - Defective air traffic system put millions of lives at risk, says PKR @ Fri Jun 08 2012

Sultan Johor beli WWW1 tapi tak jual DK

Sultan Johor beri pingat tidak minta imbuhan
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2011/12/10

Sultan Ibrahim bertitah rakyat usah terpedaya: Mokhtar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dan tertipu dengan mana-mana individu yang mengaku mempunyai hubungan dengan baginda, sambil menawarkan darjah kebesaran serta pingat negeri ini sebagai balasan terhadap sumbangan dan imbuhan kewangan yang dibuat.

Titah Sultan Ibrahim itu disampaikan menerusi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang menegaskan baginda tidak mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri ini, menerusi proses imbuhan atau sumbangan kewangan.
Mohd Mokhtar berkata, Sultan Ibrahim bertitah yang baginda juga tidak pernah memberi kuasa serta melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pemberian darjah kebesaran dan pingat negeri ini dengan imbuhan.
Jangan percaya secara membuta tuli, sebaliknya dapatkan kesahihan daripada pihak Istana Johor, jika ada pihak atau individu menawarkan anugerah kebesaran dengan menuntut imbuhan atau bayaran tertentu.

Tuanku tidak mahu rakyat ditipu dan terpedaya dengan pujukan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku mereka adalah orang istana, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, penipuan secara menjaja nama Sultan Ibrahim itu terbongkar selepas seorang ahli perniagaan kerugian RM41,000 akibat ditipu seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Jemaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tuanku Temenggong Ahmad, bagi men-dapatkan gelaran 'Datuk' dan sebidang tanah.

Beliau berkata, ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an terbabit, hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas bertemu sendiri dengan Tunku Osman sebenar.
Mangsa dihubungi seorang lelaki pada Ogos lalu mendakwa dirinya sebagai orang istana dan mahu menawarkan anugerah Datuk dengan imbuhan kewangan. Gembira dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan memberi imbuhan secara tunai beberapa kali kepada suspek sehingga mencapai jumlah RM41,000 dalam masa dua bulan.

Namun, akhir November lalu, mangsa berjumpa dengan Tunku Osman yang sebenar sebelum menyedari yang dia menjadi mangsa penipuan, sebelum membuat laporan polis, katanya.

Mohd Mokhtar berkata, susulan laporan yang diterima, Polis Johor sudah menahan reman seorang lelaki untuk membantu siasatan kes penipuan terbabit.

Sebelum ini, dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki dan wanita ditahan Polis Johor di Nusajaya dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam untuk meminta derma kononnya sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada bulan lalu.
 Berita Harian Online | Sultan Johor beri pingat tidak minta imbuhan

Rugi!!! Nik Ajis tukar syurga kepada pahla.

Nik Aziz nafi pernah 'janji' syurga orang undi Pas

KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.
Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.
Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.
"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.

 Sumber: Nik Aziz nafi pernah 'janji' syurga orang undi Pas

Nabi Pindah ke Madina kerana hendakkan kerusi - Nik Aziz.

Nik Aziz berkata tujuan Nabi perpindah dari Mekkah ke Madinah kerana hendakkan kerusi, hehehe,,,nyaya kenyataan ini. Beliau juga tidak mahu ulamak lain menegur tentang politik kerana berpendapat orang lain bodoh atau tidak tahu tentang politik. Beliau menuduh Mufti Perak sebagai "gatal mulut". Lantak engkaulah.....

Nik Aziz sifatkan Mufti Perak ‘gatal mulut’


KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.
“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?

Nik Aziz sifatkan Mufti Perak ‘gatal mulut’

Friday, June 8, 2012

Khairy Hangin kepada PTPTN

Logo PTPTN
Khairy Jamaluddin

Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel

ARHIZA AHMAD 7 Jun 2012

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

 Sumber: Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel - Nasional - Sinar Harian

Anwar ke Mahkamah Lagi.....

Mahkamah beri Anwar tempoh hingga 20 Jun

2012/06/07

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh dua minggu untuk menjawab pernyataan itu.
Pada 26 Mac, Anwar memfailkan saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata, perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.

Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Sumber:  Berita Harian Online | Mahkamah beri Anwar tempoh hingga 20 Jun 

Sementara itu dalam Utusan Online melaporkan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan masih menunggu jawapan pernyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya pada Mac lepas.
Beliau pelik mengapa Ketua Pembangkang itu sehingga kini masih belum menyatakan sebarang jawapan berkaitan perkara tersebut.
"Saya sungguh hairan mengapa Anwar masih belum memberi sebarang kata putus, saya masih lagi ternanti-nanti pernyataan pembelaan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian baru Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perintah Mahkamah Tinggi di sini yang memberi tempoh sehingga 20 Jun ini untuk Anwar menjawab pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Sumber: UMO

Tuesday, June 5, 2012

Undi Pas tidak menjanjikan surga - Hadi

Sejak UMA kecil, surga telah dijanjikan kepada bukan sahaja ahli malahan pengundi PAS. Pelik juga bila Hadi bertukar aliran fahaman. Dah berapa kali UMA dan keluarga di kafirkan dek puak-puak ni. Tiba-tiba Hadi meyongsang arus aliran fikiran sendiri sedangkan dialah yang membakar kesongsangan itu kepada pengikut-pengikut PAS sejak dari zaman muda Hadi sendiri. Fatwa beliau sendiri hingga membangkitkan terkorban ahli-ahli PAS dan anggota keselamatan di Memali. Mat Sabu juga yang mendapat untungnya.

Setelah tua, nampaknya Hadi mula sedar segala kefahaman beliau sejak muda menyonsang dan bertentangan dengan ajaran agama Islam yang mulia. Sedikit demi sedikit Hadi beransur keluar dari fahaman beliau yang memecahkan akidah umat Islam dibumi bertuah ini. Berjayakah Hadi mengembalikan akidah jutaan ahli-ahli mereka itu pula?

Apa-apa pun berilah ruang untuk Hadi memperbetulkan kesilapan itu. Bukan mudah untuk orang menjilat semula air ludah yang pernah diludahnya. Hadi sedar segala perlakuan, percakapan dan tindakkan-tindakkan beliau akan dipersoal diakhirat nanti. Yang tak sedar-sedar hanya nik ajis sahaja lagi walaupun ada tanda beliau mula merasakan ada tentangan hebat dari pelbagai penjuru terhadap kesesatan yang dipeluporinya.

Kekadang jenaka juga, apabila Nik Ajis cuba bertapak kebelakang dengan nada sinis Hadi berjenaka kepada Nik Ajis supaya dia perlu terus melangkah kedepan.

 Sumber: Rakyat keliru angkara Nik Abdul Aziz, Hadi?

Monday, June 4, 2012

Rakyat Dah Tak Sokong. HHKP Kena buat kat Kedah

Menurut Timbalan Pengerusi BN,  Pas memilih mengadakan program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kedah kerana sedar sokongan rakyat terhadap mereka khususnya di negeri tersebut semakin merosot.
"Ia cubaan meraih kembali sokongan rakyat Kedah yang dilihat semakin meninggalkan parti pembangkang itu. Kita tidak bimbang sebab ia diadakan di Kedah, Pas tahu sokongan mereka di Kedah makin merosot.

Rakyat Kedah rasa tak selesa dengan mereka. Sebab itu Pas buat di sana untuk tunjuk kegagahan. Sebenarnya, ramai dah tinggalkan Pas. Orang Kedah sudah faham pentadbiran Pas yang tak serasi di sana," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Wilayah Persekutuan di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senario politik di Kedah kini mengalami perubahan besar sekali gus menambah keyakinan BN untuk menawan kembali negeri tersebut.
"Atas sebab itu Pas buat Himpunan Hijau di sana. Kita tahu kedudukan kita di Kedah jauh lebih baik," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyelar tindakan DAP melarang media tertentu membuat liputan terhadap parti itu khususnya melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
"Mereka larang Utusan Malaysia. "Kita tak pernah larang mana-mana media kerana kita tahu adalah hak media untuk membuat liputan," katanya.

Menyentuh mengenai kesilapan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tersasul menyebut perhimpunan tersebut adalah tanda kejatuhan Pas di semua peringkat, Muhyiddin berkata, ia adalah petunjuk Allah SWT.

"Itulah kalau Tuhan nak tunjukkan hatinya. Kalau hatinya kotor, Tuhan tunjuk dengan moralnya, dengan perbuatannya," katanya.

Tentang tindakan pembangkang yang mahu meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menguasai pilihan raya umum akan datang pula, beliau mengingatkan rakyat tidak memilih pemimpin yang 'terpalit' dengan masalah-masalah peribadi.

Sumber: UMO

Sunday, June 3, 2012

Jika DS Najib tak mau, UMA Buka Tabong Lebuhraya Rakyat?

Sejak Nik Aziz membuka account  lebuhraya 1.8b supaya rakyat berkebajikan boleh membantu kerajaan pengemis Kelantan, ia membuka minda rakyat kelantan supaya berkongsi tiket ke syruga. Selepas itu berlumba-lumba rakyat menghulurkan derma kebajikan kedalam account yang kemudiannya di dapati account peribadi.

Petang ini satu lagi account dibuka untuk membolehkan rakyat menyumbangkan derma kebajikan tiket ke syurga tersebut. Akaun tersebut ialah akaun CIMB No: 14410010798528 atas nama Mohd Sayuti Omar.

Rasanya lepas ini lagi banyak akaun akan dibuka bagi menyambut seruan Nik Aziz. Abang Mat akan menyambung semula tabung Memali yang lesap dan ahli-ahli yang lain akan membuka akaun peribadi masing-masing bagi membolehkan rakyat menderma.

UMA juga terpanggil untuk membuka akaun peribadi untuk tujuan tersebut. Bestnya, akaun tersebut tidak di audit. Nampaknya, akan berbillionlah orang menderma melalui pembuka-pembuka tabung yang akan dibuka. Tapi jangan tanya berapa jumlah yang akan sampai ke projek tersebut, hehehe........Terima kasih Pak Nik kerana memberikan peluang kepada kami bersama-sama meraih keuntungan  dengan mengunakan nama projek tersebut.

Kena kecing lagilah gamaknya........

Merah Tinta (MSO).

Dapat BRM500, kena pulak bayar lebih dari itu?

Dihalau akibat perbezaan politik

Posted on the June 3rd, 2012 under Tempatan by admin
INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam.
BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.




Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.
“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.
Kosmo


Siapa sebenarnya ‘kuasai media’ dan menyekat ‘kebebasan bersuara’

SLOGAN demokrasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, ketelusan, tadbir urus yang baik (good governance) dan macam-macam lagi adalah antara slogan yang sering dilaungkan oleh parti politik.
Tidak ketinggalan pakatan 3P - DAP, Pas dan PKR. Memang menarik kata-kata itu tetapi sejauh mana keupayaan untuk melaksanakannya?
Berjanji dan bercakap sebelum berkuasa memang mudah kerana modalnya hanyalah air liur tetapi untuk mengotakannya setelah berkuasa bukanlah senang. Jika janji dikota pun mungkin melibatkan kroni atau suku sakatnya. Kata orang sekadar ada, bagi ‘menutup mulut’ pengkritik dan jika tidak mampu dilaksanakan, mereka akan menuding jari mencari silap orang lain. Akhirnya janji yang ditabur hanyalah janji palsu dan terjadi cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap.
Kebebasan Media

Friday, June 1, 2012

Hina Al-Marhum Sultan Johor, Adukataruna Bebas...

Tu yang syok pehak parti pembangkang. Kena akui penguam parti pembangkang jauh lebih baik dari penguamcara bagi pehak pemerintah. Ada kes, tapi gagal membuktikannya.

Nizar kau jangan takut. Kalau nilah tahap yang ada di pejabat peguamcara, kau boleh keluar mahkamah dengan senyum. Banyak kes dipehak engkau telah menang. Kesian polis buat kerja siang malam menyiasat dan dituduh anjing. Penghujung presentation, FAIL....

Penulis blog bebas tuduhan hina sultan

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!