Halaman

Saturday, September 28, 2013

LGE Setiausaha Agung DAP Haram?

Lehhhhh.......Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP haram? Apa-apa ler keluarga pakatan nie. Kalau tak menyongsang tak boleh ker? Apa yang dibuat semuanya menyongsang. Semua tak ada di adakan. Yang ada ditiadakan. Amalan dan kepercayaan rakyat negara ini semua diterbalikkan.
Takde blackout dia kata ada. Islam dikatakan tak larang memilih agama. Allah boleh dikongsi, Gay diperjuangkan, Cheng Peng sebagai perjuang kemerdekaan, semua gangster sebagai hero, jalur gemilang nak tukar kepada sang sangka melaya. Raja-Raja Melayu disanggah dan bahasa Melayu diremehkan.
 

UMNO juga dulu pernah diharamkan. Tapi kita ikutlah perlembagaan.
 

Hari itu dah lah kes komputer paling binggai dalam dunia. Excel salah kira kepada dua orang sahaja, hahahaha..... undi untok Vincent Wu dan undi untuk Zairil Khir Johari. Vincent Wu digugurkan kerana undi dia bertukar dari 1202 undi hanya kepada 669 undi sahaja. Itu pun selepas rakan pakatan pening kepala kerana CEC DAP tidak mewakili lain-lain bangsa. Tak ke satu dunia boleh ketawa, hahahaha........
 

Sebelum Tony Phua mengumumkan keputusan pertukaran jumlah undi kemenangan yang diraih oleh Zairil pada 4 Jan 2013, CEC telah bersidang pada 16 Sep 2012. Tujuan persidangan itu untok memilih dan melantik National Chairman, Secretary General, Chairman of the Discipline dan lain-lain kedudukkan. Vincent Wu turut sama dalam pemilihan tersebut. Selepas 4 Jan 2013 dikatakan pula bahawa Vincent digugur kerana salah kira undi. Lehhhh.....dah tak sah dah perlantikkan pada 16 Sep. 2012. Semua dilantik pada 16 Sept 2012 dah jadi haram, hahaha. Memang kerja yang haram ajer ler puak-puak nie........

http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-6-further-destruction-done-by.html

Thursday, September 26, 2013

Komputer Terbinggai Di abad ini.

Kali pertama UMA mengenal komputer, abang UMA berkata bahawa komputer ni amat "bodoh". Ia terlalu lurus bendul. Jika kita kita tulis nama ada tanda titik selepas nama tersebut dan apabila kita mencari semula nama tersebut tanpa tanda titik, komputer tidak mengenali nama itu. Walau bagaimanapun sekarang komputer dah mula belajar memperbaiki kebodohan itu dengan mencari nama dengan memberi cadangan "like as" dan "contain".
Tapi tanpa kita sangka ada lagi komputer yang "terbodoh diabad ini". Dalam banyak-banyak dia mengira, boleh dua nama orang sahaja yang dia salah kira. Tak kebinggai komputer tu?
UMA minta tolong rakan UMA Aldrine Abdullah, pakar komputer, formula excel dan database. Tolong-tolong ler tenggokkan komputer tu. Takut ada bugs ke? atau salah formula kat data dua orang tu ajer. Nasib baik rakan-rakan pakatan sedar nama orang melayu takde yang naik. Check punye check, excel salah kira. Ini bukan nak kira untuk majlis 50~60 orang. Ini keputusan untuk menentukan pemimpin seluruh negara!!!
Kalau susah-susah, suruh ajer pakai Sempoa. Rasanya kiraan setiap calun bawah 2 ribu. Taklah banyak mana. Hitung pakai jari pun dah ok kot.

Selama ini UMA kagum dengan bangsa ini kerana terkenal dengan pandai megira. Rupanya tak reti mengira juga.........Jangan salah lagi Rin.....Satu dunia boleh ketawa......hahaha.......

Sumber: DIP INSIDER 


Thursday, September 19, 2013

Tembok Besi Lim

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A

ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

Sumber: The DAP INSIDER.

Wednesday, September 18, 2013

CEC-Tipu?

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Tujuan saya membuka blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

UMA: Kalau tidak ada angin tidak mungkin pohon bergoyang.

Sumber : Dap Insider.blogsport.com


Wednesday, September 11, 2013

Kristian guna nama Allah?

AIDCNews – 11/09/13 – Meski pun Mahkamah Rayuan menetapkan Oktober ini untuk membuat keputusan sama ada penganut bukan Islam boleh atau tidak menggunakan nama Allah, namun sebuah NGO Kristian telah menggunakan nama itu dalam satu majlis di Pulau Pinang.

Dalam beberapa keping gambar yang dimuat turun blog sejarahmelayu tertera perkataan “Allah” dan bukannya ‘Tuhan’ atau ‘God’ yang selalunya digunakan oleh penganut Kristian.

Seterusnya  sila klik di sini


Monday, September 9, 2013

Taipingmali : Kemelut CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara ...

Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. 

Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian. 

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat 'perwakilan haram' seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal. Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

Taipingmali ada cerita seterusnya; Taipingmali

Monday, August 26, 2013

Pemikiran masih dizaman sebelum IT

Berkesempatan menghadiri beberapa kali mesyuarat UMNO cawangan dan mesyuarat Agong UMNO cawangan. Keseluruhannya pemikiran pemimpin-pemimpin ini masih lagi didalam kotak sebelum zaman IT lagi. Mesyuarat biasanya dimulakan dengan ucapan Pengerusi yang berbangga mendapat beberapa peruntukkan menaik taraf bagunan awam seperti surau balai raya dan sebagainya. Selepas pembentangan kewangan, lalu pengerusi akan merasang ajk untuk bercakap dengan bertanya apa lagi yang kita hendak minta dari YB?

Ada yang minta supaya padang bola diratakan. Seorang lagi mencadangkan supaya memohon uniform untok majlis rewang dan kompang. Ada yang minta supaya dipasang lampu jalan dihadapan balairaya. Aku dengar perkara-perkara ini dah berapa kali diperkatakan didalam mesyuarat sebelum ini. Kemudian sesaorang akan memotong dengan bertanya bila rombongan ke Langkawi akan dijalankan? Semua orang tertumpu dalam agenda ke Langkawi.

Hahaha....hay abang, akak, adik. Bangsa Melayu telah berpecah. Anak-anak kita telah disesatkan oleh fahaman tentera merah. Ikonomi Melayu masih bergantung pada bantuan BR1M. UMNO di hina dengan begitu teruk. Raja-raja diperlekeh dan diperbodohkan. Agama Islam dah di kotak katekkan. Kamu bercerita pasal rombongan lagi? Kamu rasa UMNO dalam keadaan selesa? Penat aku berfikir. Macam mana agenda Melayu, agenda agama dan agenda keselamatan boleh tak sampai ke akar umbi? Apa dibuat pemimpin Negeri, Bahagian dan cawangan? Ahli-ahlinya pula buta internet betul.

Kemudian satu tarikh perhimpunan mesyuarat Agong di tetapkan.

Dalam Mesyuarat Agong, sekali lagi pengerusi berucap berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang dia perolehi. Sekali lagi melancung ke Langkawi dijanjikan bagi mengembirakan semua ajk. Tiba kepada perlantikan wakil ke mesyuarat bahagian. Beberapa nama disebut. Jangan dikatakan boleh memberi pandangan kepada mesyuarat bahagian. Mesyuarat ahli ajk pun tak pernah dengar mereka ini bersuara. Sekadar hadir ke mesyuarat agong bahagian membawa mandat mengundi kepada kumpulan yang tertentu.

Dalam ucapan penangguhan. AJK dah tak berbunyi. Agenda bangsa dah tak tersingkap di pemikiran mereka. Lalu keluar lah beberapa ahli kehadapan melahirkan rasa bimbang terhadap kesatuan ahli-ahli UMNO kerana ada diantara ajk bahagian yang berkempentingan mencari pengaruh dan boleh merosakkan perpaduan parti manakala seorang ahli lagi menyatakan dengan jelas kebimbangan kerana pehak lawan sentiasa mencari kelemahan dalam UMNO. Rupanya ahli lebih bimbang dari ajk itu sendiri. AJK masih lagi berfikir didalam kotak sebelum zaman IT.

Dari itu aku masih memberikan kredit kepada PAS kerana berjaya membawa turun ideologi mereka hingga ke akar umbi. Keberkesanan cara mereka hingga menjadikan bukan sahaja ajk tetapi ahli-ahli mereka menjadi pekak dan buta kepada info-info selain yang dibawa oleh mereka sahaja. Ahli-ahli mereka bagaikan dipukau bagi pempertahankan ideologi parti.

Menjenggah rumah lama sebelum bertapa.

Dah lama tak menjenggah blog ini. Kekecewaan yang amat sangat kerana merasakan Kerajaan hari ini terlalu lemah dan bacul terhadap mempertahankan maruah bangsa dan agama. Kerajaan membiarkan pembangkang bercakap dan bertindak sesuka hati seolah-olah meraka mempunyai kuasa memerintah manakala kerajaan yang memerintah mematikan diri seolah-olah tiada kuasa daya dan upaya. Dari itu menyokong perjuangan kerajaan sama seperti menyokong seorang yang lemah dan tanpa upaya.

 Aku lihat anak-anak juga telah ada pilihan mereka sendiri. Aku biarkan mereka memilih. Kenapa anak-anak memilih yang lain? Mereka lihat ada kuasa yang lebih kuat dan hebat dari apa yang ada sekarang. Mereka yakin perubahan itu nanti akan menjadikan mereka lebih perkasa. Lebih ternama dimata dunia. Lalu aku mendiamkan diri biar anak-anak membuat pilihan. 

Didalam aku memejamkan mata, batu batan menghentak-hentak kepala aku. Jahanam. Pendatang menuduh aku seorang pendatang dan menhalau aku balik ke pulau jawa? Mereka kata mereka lebih berjasa dari aku. Kekuatan ikonomi negara di tangan mereka. Dari itu layaklah kuasa diserahkan kepada mereka. Anak-anak aku dibeli untok menjadi tentera-tentera mereka. Lantas mereka berkata, tentera dan polis yang ada sekarang tidak ada harga. Pemimpin negara dicampak sebagai peminta sedekah, Sultan dan Raja-raja Melayu diperbodohkan, bahasa Melayu diremehkan dan agama di plural dan dileberalkan.

Binatang, Dulu Tun berikan kau kerakyatan dan kad pengenalan supaya engkau menghormati agama, bangsa, undang-undang dan Raja-Raja kami. Kini kau melampaui batas. Kau megah kerana bangsa Melayu Liberal menyokong kamu.

Sebentar lagi aku akan menuju ketempat pertapaan. Keluar sahaja aku dari pertapaan, tidak kira kanan atau kiri, asal engkau remehkan bangsa aku, agama aku dan raja-raja aku, akan ku sumpah engkau semua menjadi batu.

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!