Halaman

Monday, August 26, 2013

Pemikiran masih dizaman sebelum IT

Berkesempatan menghadiri beberapa kali mesyuarat UMNO cawangan dan mesyuarat Agong UMNO cawangan. Keseluruhannya pemikiran pemimpin-pemimpin ini masih lagi didalam kotak sebelum zaman IT lagi. Mesyuarat biasanya dimulakan dengan ucapan Pengerusi yang berbangga mendapat beberapa peruntukkan menaik taraf bagunan awam seperti surau balai raya dan sebagainya. Selepas pembentangan kewangan, lalu pengerusi akan merasang ajk untuk bercakap dengan bertanya apa lagi yang kita hendak minta dari YB?

Ada yang minta supaya padang bola diratakan. Seorang lagi mencadangkan supaya memohon uniform untok majlis rewang dan kompang. Ada yang minta supaya dipasang lampu jalan dihadapan balairaya. Aku dengar perkara-perkara ini dah berapa kali diperkatakan didalam mesyuarat sebelum ini. Kemudian sesaorang akan memotong dengan bertanya bila rombongan ke Langkawi akan dijalankan? Semua orang tertumpu dalam agenda ke Langkawi.

Hahaha....hay abang, akak, adik. Bangsa Melayu telah berpecah. Anak-anak kita telah disesatkan oleh fahaman tentera merah. Ikonomi Melayu masih bergantung pada bantuan BR1M. UMNO di hina dengan begitu teruk. Raja-raja diperlekeh dan diperbodohkan. Agama Islam dah di kotak katekkan. Kamu bercerita pasal rombongan lagi? Kamu rasa UMNO dalam keadaan selesa? Penat aku berfikir. Macam mana agenda Melayu, agenda agama dan agenda keselamatan boleh tak sampai ke akar umbi? Apa dibuat pemimpin Negeri, Bahagian dan cawangan? Ahli-ahlinya pula buta internet betul.

Kemudian satu tarikh perhimpunan mesyuarat Agong di tetapkan.

Dalam Mesyuarat Agong, sekali lagi pengerusi berucap berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang dia perolehi. Sekali lagi melancung ke Langkawi dijanjikan bagi mengembirakan semua ajk. Tiba kepada perlantikan wakil ke mesyuarat bahagian. Beberapa nama disebut. Jangan dikatakan boleh memberi pandangan kepada mesyuarat bahagian. Mesyuarat ahli ajk pun tak pernah dengar mereka ini bersuara. Sekadar hadir ke mesyuarat agong bahagian membawa mandat mengundi kepada kumpulan yang tertentu.

Dalam ucapan penangguhan. AJK dah tak berbunyi. Agenda bangsa dah tak tersingkap di pemikiran mereka. Lalu keluar lah beberapa ahli kehadapan melahirkan rasa bimbang terhadap kesatuan ahli-ahli UMNO kerana ada diantara ajk bahagian yang berkempentingan mencari pengaruh dan boleh merosakkan perpaduan parti manakala seorang ahli lagi menyatakan dengan jelas kebimbangan kerana pehak lawan sentiasa mencari kelemahan dalam UMNO. Rupanya ahli lebih bimbang dari ajk itu sendiri. AJK masih lagi berfikir didalam kotak sebelum zaman IT.

Dari itu aku masih memberikan kredit kepada PAS kerana berjaya membawa turun ideologi mereka hingga ke akar umbi. Keberkesanan cara mereka hingga menjadikan bukan sahaja ajk tetapi ahli-ahli mereka menjadi pekak dan buta kepada info-info selain yang dibawa oleh mereka sahaja. Ahli-ahli mereka bagaikan dipukau bagi pempertahankan ideologi parti.

2 comments:

  1. SEpatutnya kita tak perlu dah parti lain utk orang Melayu,cukup dgn Umno supaya org Melayu Islam tak berpecah,tapi perangai dan mentalti ahli Umno menyebabkan ramai org Melayu geli nak join Umno,jadi masuk juga lah Pas atau PKR.Ada juga yg cuba-cuba masuk Umno,tapi borang tak sampai keatas,tunggu-punya tunggu keahlian belum juga di sahkan.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!