Halaman

Saturday, September 28, 2013

LGE Setiausaha Agung DAP Haram?

Lehhhhh.......Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP haram? Apa-apa ler keluarga pakatan nie. Kalau tak menyongsang tak boleh ker? Apa yang dibuat semuanya menyongsang. Semua tak ada di adakan. Yang ada ditiadakan. Amalan dan kepercayaan rakyat negara ini semua diterbalikkan.
Takde blackout dia kata ada. Islam dikatakan tak larang memilih agama. Allah boleh dikongsi, Gay diperjuangkan, Cheng Peng sebagai perjuang kemerdekaan, semua gangster sebagai hero, jalur gemilang nak tukar kepada sang sangka melaya. Raja-Raja Melayu disanggah dan bahasa Melayu diremehkan.
 

UMNO juga dulu pernah diharamkan. Tapi kita ikutlah perlembagaan.
 

Hari itu dah lah kes komputer paling binggai dalam dunia. Excel salah kira kepada dua orang sahaja, hahahaha..... undi untok Vincent Wu dan undi untuk Zairil Khir Johari. Vincent Wu digugurkan kerana undi dia bertukar dari 1202 undi hanya kepada 669 undi sahaja. Itu pun selepas rakan pakatan pening kepala kerana CEC DAP tidak mewakili lain-lain bangsa. Tak ke satu dunia boleh ketawa, hahahaha........
 

Sebelum Tony Phua mengumumkan keputusan pertukaran jumlah undi kemenangan yang diraih oleh Zairil pada 4 Jan 2013, CEC telah bersidang pada 16 Sep 2012. Tujuan persidangan itu untok memilih dan melantik National Chairman, Secretary General, Chairman of the Discipline dan lain-lain kedudukkan. Vincent Wu turut sama dalam pemilihan tersebut. Selepas 4 Jan 2013 dikatakan pula bahawa Vincent digugur kerana salah kira undi. Lehhhh.....dah tak sah dah perlantikkan pada 16 Sep. 2012. Semua dilantik pada 16 Sept 2012 dah jadi haram, hahaha. Memang kerja yang haram ajer ler puak-puak nie........

http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-6-further-destruction-done-by.html

Thursday, September 26, 2013

Komputer Terbinggai Di abad ini.

Kali pertama UMA mengenal komputer, abang UMA berkata bahawa komputer ni amat "bodoh". Ia terlalu lurus bendul. Jika kita kita tulis nama ada tanda titik selepas nama tersebut dan apabila kita mencari semula nama tersebut tanpa tanda titik, komputer tidak mengenali nama itu. Walau bagaimanapun sekarang komputer dah mula belajar memperbaiki kebodohan itu dengan mencari nama dengan memberi cadangan "like as" dan "contain".
Tapi tanpa kita sangka ada lagi komputer yang "terbodoh diabad ini". Dalam banyak-banyak dia mengira, boleh dua nama orang sahaja yang dia salah kira. Tak kebinggai komputer tu?
UMA minta tolong rakan UMA Aldrine Abdullah, pakar komputer, formula excel dan database. Tolong-tolong ler tenggokkan komputer tu. Takut ada bugs ke? atau salah formula kat data dua orang tu ajer. Nasib baik rakan-rakan pakatan sedar nama orang melayu takde yang naik. Check punye check, excel salah kira. Ini bukan nak kira untuk majlis 50~60 orang. Ini keputusan untuk menentukan pemimpin seluruh negara!!!
Kalau susah-susah, suruh ajer pakai Sempoa. Rasanya kiraan setiap calun bawah 2 ribu. Taklah banyak mana. Hitung pakai jari pun dah ok kot.

Selama ini UMA kagum dengan bangsa ini kerana terkenal dengan pandai megira. Rupanya tak reti mengira juga.........Jangan salah lagi Rin.....Satu dunia boleh ketawa......hahaha.......

Sumber: DIP INSIDER 


Thursday, September 19, 2013

Tembok Besi Lim

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i)              Cawangan sijil A

ii)             Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

Sumber: The DAP INSIDER.

Wednesday, September 18, 2013

CEC-Tipu?

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Tujuan saya membuka blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

UMA: Kalau tidak ada angin tidak mungkin pohon bergoyang.

Sumber : Dap Insider.blogsport.com


Wednesday, September 11, 2013

Kristian guna nama Allah?

AIDCNews – 11/09/13 – Meski pun Mahkamah Rayuan menetapkan Oktober ini untuk membuat keputusan sama ada penganut bukan Islam boleh atau tidak menggunakan nama Allah, namun sebuah NGO Kristian telah menggunakan nama itu dalam satu majlis di Pulau Pinang.

Dalam beberapa keping gambar yang dimuat turun blog sejarahmelayu tertera perkataan “Allah” dan bukannya ‘Tuhan’ atau ‘God’ yang selalunya digunakan oleh penganut Kristian.

Seterusnya  sila klik di sini


Monday, September 9, 2013

Taipingmali : Kemelut CEC DAP: Bukti Cina Takut Bersaing Secara ...

Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. 

Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian. 

Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat 'perwakilan haram' seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal. Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.

Taipingmali ada cerita seterusnya; Taipingmali

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!