Halaman

Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah. Allahuakbar!

video


Alhamdulillah. Allahuakbar!


Terima kasih ya Allah. Kau terima juga doa solat istiharah yang aku lakukan. Aku kebinggongan apabila ulamak-ulamak berseliseh pendapat. Ulamak sana menghukum ulamak disini murtad. Ulamak disini menghukum mereka pula syrik. 

Tetiba kau beri aku ilham supaya menyusuri tafsiran surah Al-Isra',Al-Kahf, Mariam dan Ta-ha. Tanpa di sangka aku bertemu beberapa ayat yang membolehkan aku membuat ketetapan hati ini. Kini aku yakin, aku tidak perlu pertikai jika mereka hendak mengunakan kalimah ALLAH. Malah, Allah memerintah Rasulullah supaya memberitahu kita supaya berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran). Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara (yang mukmin dan yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
Al-Isra 17:53

Apa yang berlaku memang kehendak Allah dan sekali lagi Allah menghalang supaya kita tidak marah. Allah berfirman;
"Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh? (83) Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka. (84)
Mariam 19:83~84.

Kita hanya diminta oleh Allah supaya berdakwah dengan lemah lembut. Semua cerita-cerita nabi didalam AlQuran dalam surah Isra, Mariam dan Ta-ha tidak ada satu pun perintah Allah kepada Nabi Musa, Isa dan Harun supaya melakukan kekerasan atau kerosakkan kepada Firaun, kaum Israil begitu juga kepada istana dan harta benda Firaun. Nabi hanya diminta untok menyampaikan dakwah tauhid. Allah pelihara Nabi-nabi dengan pertolongan daripada tipu muslihat musuh-musuh mereka.

Sesungguhnya kita hanya menyampaikan dakwah. Hukuman kepada mereka sebenarnya hak Allah. Bukannya hak kita. Allah akan menghukum mereka samada didunia dan akhirat.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka samada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. (75)"
Mariam 19:75.

Keadaan yang sama juga dihadapi oleh Rasulullah sendiri apabila ada yang mengatakan bahawa Allah mempunyai anak. Dari itu Allah menegaskan kepada nabi hanya berdakwah tauhid serta memberitahu kepada orang yang ingkar itu akan azab Allah. Allah menasihati Nabi supaya jangan membinasakan diri dan berdukacita jika mereka enggan menerima dakwah tauhid dari Nabi. Sekali lagi Allah menegaskan bahawa mereka akan diberikan kemudahan untuk mencapai maksud mereka kerana Allah hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. Mereka akan mendapat hukuman di dunia lagi seperti di dalam surah Al-Kahf dari Ayat 1 hingga 8.


"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3) Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4) (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8)"
Al-Kahf: 1 hingga 8.

Selepas kita menerangkan kepada mereka supaya bertauhid kepada Allah, jika mereka enggan menerimanya, janganlah kita membinasakan diri kita dengan menentang mereka dan bersabarlah. Berserah diri kepada Allah kerana hukuman Allah kepada mereka adalah tetap dan pasti. Cukuplah bagi kita berkata kepada orang kafir sebagaimana firman Allah;

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)"

Al-Kafiroon 109: 1~6.

Terima kasih Allah kerana membuat aku kini jadi tenteram. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Wallahu alam.





Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!